JAKIM Jelaskan Isu Gambar Pati Kiub Pork Jenama Knorr Yang Didakwa Berada Di Pasaran Malaysia

Trending

JAKIM Jelaskan Isu Gambar Pati Kiub Pork Jenama Knorr Yang Didakwa Berada Di Pasaran Malaysia

Baru-baru ini, tular beberapa gambar pati kiub babi jenama Knorr yang kononnya dijual di sebuah pasar raya di Malaysia. Gambar tersebut mencetuskan rasa kurang senang pengguna yang lain kerana ianya dijual bersama-sama produk halal yang lain.

Walaupun tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenaran di sebalik gambar kerana maklumat tentang pasar raya itu tidak dikongsikan. Bagi menjawab isu gambar tersebut, JAKIM tampil memberikan penjelasan dan dimaklumkan isu ini sudah pernah dikongsikan pada tahun 2016.

Advertisement

Bukan dikilangkan di Malaysia

Bagi menjawab isu gambar pati kiub pork ini, perlu diketahui bahawa produk pati kiub tersebut bukan dikilangkan di Malaysia dan tidak layak memiliki pengesahan halal serta tiada sebarang penandaan logo halal yang tertera pada label bungkusan produk berkenaan.

Selain itu, berdasarkan maklum balas daripada syarikat Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd pada Disember 2018 lalu bahawa pihak syarikat tidak mengimport atau mengedar sebarang produk pati kiub pork tersebut di pasaran Malaysia serta komited dalam mematuhi peraturan dan standard berkaitan halal selaku pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah.

JAKIM turut menasihatkan pengguna untuk menyemak terlebih dahulu dengan pihak yang berkaitan sebelum membuat sebarang spekulasi dan menimbulkan berita yang tidak sahih. Pengguna juga boleh menyemak status halal sesuatu produk di laman sesawang JAKIM.

Untuk mengetahui premis dan produk makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia boleh layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar Verify Halal.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...