JAKIM Bakal Panggil Harith Iskander Berkenaan Isu Komen ‘Ham’

Hiburan

JAKIM Bakal Panggil Harith Iskander Berkenaan Isu Komen ‘Ham’

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memaklumkan bahawa pihak mereka akan memanggil pelawak Harith Iskander berhubung isu komen kopi dan komen ‘ham’ yang didakwa mempersendakan agama Islam.

Memetik laporan Free Malaysia Today, Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata demikian setelah pihaknya ada membuat laporan polis bagi siasatan dan tindakan lanjut berhubung isu terbabit yang secara tidak langsung telah menimbulkan keresahan umat Islam.

Advertisement

Semua pihak diminta bertenang dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

Jakim tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang tindakan yang mempersendakan ajaran Islam dan menyinggung sensitiviti umat Islam serta menyeru semua pihak mengamalkan sifat hormat dan bertoleransi dalam kehidupan bermasyarakat.

JAKIM juga telah bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia SKMM bagi menguruskan sekatan akaun dan menurunkan kandungan tersebut.

Minggu lalu, Harith berjenaka tentang ‘iman tergugat’ selepas mempertimbangkan untuk menikmati ‘Ham Sap Kopi’, ketika kontroversi mengenai sandwic ‘ham & cheese’ tanpa perakuan halal sedang hangat di Universiti Malaya.

Pada 20 Januari, Shahrol Shiro membuat laporan polis berhubung hantaran media sosial Harith, yang juga menyertakan aduan terhadap Cecelia Yap Song KL, yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Shahrol meminta pihak berkuasa bertindak segera, menegaskan bahawa sensitiviti agama perlu dihormati dan tidak dijadikan bahan jenaka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Siti nUrhaliza luah hasrat lawat gaza
24 hours ago

Datuk Seri Siti Nurhaliza Luah Hasrat Mahu Lawat Gaza, Ziarah Warga Sekolah Afwa Al-Aafiyah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : FMT

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...