JAKIM Akan Panggil ‘Influencer-Influencer’ Berpakaian Seperti Wanita Di Acara Hiburan

Kehidupan

JAKIM Akan Panggil ‘Influencer-Influencer’ Berpakaian Seperti Wanita Di Acara Hiburan

Semalam, kecoh di platform media sosial mengenai beberapa pempengaruh yang hadir ke Anugerah Juara Lagu ke-39 memakai pakaian menyerupai wanita serta bersolek tebal menimbulkan rasa kurang senang dikalangan netizen.

JAKIM panggil pihak yang terlibat

‘Panas’ melihat pempengaruh-pempengaruh berkenaan secara terbuka membuat hal sedemikian, ramai yang menyeru pihak JAKIM mengambil tindakan terhadap mereka.

Advertisement

Susulan itu, Ketua Pengarah, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimie berkata pihaknya telah menghubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk meneliti isu ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by JAKIM (@myjakim)

Kami juga merancang untuk memanggil pihak terlibat dalam satu sesi perbincangan terlibat bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut. Selain itu, nasihat dan bimbingan kepada mereka juga akan diberikan.

Jaga sensitiviti, peka dengan nilai agama di Malaysia

Dalam pada masa yang sama, Sirajuddin turut menasihati agar semua pihak peka terhadap nilai agama dan kebudayaan di Malaysia bagi mengelakkan sebarang kontroversi yang boleh menyinggung perasaan masyarakat.

Walaupun hiburan merupakan elemen penting dalam memberi kegembiraan tetapi ia perlu dibatasi dengan nilai moral agar tidak menjejaskan sensitiviti masyarakat serta prinsip Islam.

20 hours ago

"Jangan Normalisasikan!" - Ramai 'Influencer' Lelaki Pakai Ala-Ala Busana Wanita Di AJL, Netizen Minta JAKIM Ambil Tindakan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...