Jakel Menafikan Isu Dirikan Khemah Tanpa Kebenaran, MBSA Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

Trending

Jakel Menafikan Isu Dirikan Khemah Tanpa Kebenaran, MBSA Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

Semalam kecoh apabila Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berkongsikan beberapa gambar proses merobohkan khemah milik syarikat Jakel di seksyen 7, Shah Alam. Khemah tersebut didakwa dibina tanpa kebenaran dan menggunakan bekalan elektrik daripada pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) secara tidak sah.

Baca: MBSA Robohkan Khemah Milik Jakel Dipercayai Didirikan Secara Haram

Advertisement

Terpanggil dengan isu itu, Jakel tampil menepis dakwaan tersebut diwakili Pengarah Jakel Shah Alam, Mohamed Izani Mohamed Jakel. Beliau berkata syarikat Jakel mempunyai meter yang sah dan menafikan dakwaan berlaku kecurian elektrik.

“Pihak Jakel Shah Alam mempunyai meter yang sah dan kita bayar bil kepada pihak TNB setiap bulan tanpa gagal, saya percaya berlaku salah faham berkaitan perkara ini.”

Mengenai dakwaan khemah yang dibina tanpa kebenaran itu, beliau menafikan khemah tersebut adalah milik syarikatnya. Menurutnya, khemah tersebut milik sebuah syarikat yang berpangkalan di Johor Bharu namun permit untuk menyambung tak dapat dilakukan kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi pihak kontraktor tak sempat untuk runtuhkannya.

Di dalam satu kenyataan terbaru, MBSA mendedahkan telah mengeluarkan sebanyak 4 Notis Amaran Kesalahan kepada syarikat Jakel sejak tahun 2015. Notis itu diberikan kerana gagal patuhi arahan pihak berkuasa sebelum tindakan perobohan dilakukan MBSA.

Berdasarkan kenyataan itu, pihak MBSA telah mengeluarkan Notis Amaran pada 2 Mac lalu memaklumkan bahawa khemah tersebut telah dibina tanpa kelulusan bertulis daripada MBSA. Pada tarikh yang sama juga, satu lagi notis dikeluarkan mengarahkan pihak berkenaan untuk merobohkan khemah tersebut dalam masa tiga hari.

Kebanyakan netizen kemudian mempersoalkan mengapa terlalu lama masa diambil bagi melakukan proses merobohkan khemah tersebut. Masing-masing berpendapat sekiranya Notis Amaran sudah dikeluarkan sejak tahun 2015, seharusnya tindakan perlu segera dilakukan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...