“Jakarta Akan Tenggelam Lebih Cepat” – Individu Dedah Situasi Di Jakarta, Paras Air Laut Hampir Lepasi ‘Giant Sea Wall’

Dunia

“Jakarta Akan Tenggelam Lebih Cepat” – Individu Dedah Situasi Di Jakarta, Paras Air Laut Hampir Lepasi ‘Giant Sea Wall’

Untuk pengetahuan umum, Indonesia bakal menukarkan ibu negara mereka dari Jakarta ke Kalimantan susulan negeri terbabit dikatakan bakal tenggelam dalam beberapa tahun lagi.

Paras laut di Jakarta meningkat

Difahamkan kini paras laut di Jakarta semakin hari semakin meningkat akibat penurunan tanah serta perubahan iklim yang boleh membahayakan penduduk setempat.

Advertisement

Baru-baru ini, dapat dilihat dalam platform TikTok seorang pengguna memuat naik video menunjukkan paras air laut terkini di salah satu lokasi di Jakarta.

Air laut hampir lepasi tembok halang banjir

Lebih menakutkan, dalam video tersebut jelas kelihatan paras air laut hampir melepasi tembok yang telah dibina untuk halang banjir.

Pembinaan Giant Sea Wall di Jakarta untuk menghalang banjir masih diteruskan sejak ia dimulakan pada tahun 2014.

Sebelum ini, pernah ada ramalan yang berkata Jakarta, Indonesia akan tenggelam menjelang tahun 2050 tetapi jika dilihat dalam video terbabit, negeri terbabit barangkali akan tenggelam dalam masa terdekat.

banjir kalimantan
1 year ago

"Banjir Di Kalimantan Punca Dari Malaysia" - Berita Indonesia Dilabel 'Low Class' Oleh Netizen Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...