JAIS Lancar Aplikasi Android Cegah Maksiat, Orang Awam Boleh Jadi “Mata & Telinga” Lapor Kegiatan Tak Bermoral

Trending

JAIS Lancar Aplikasi Android Cegah Maksiat, Orang Awam Boleh Jadi “Mata & Telinga” Lapor Kegiatan Tak Bermoral

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah meningkatkan kemampuannya membanteras jenayah syariah melalui aplikasi android Amar, kini semua orang boleh jadi mata dan telinga badan agama itu.

Advertisement

Singkatan kepada ‘amar ma’ruf nahi munkar’ (menganjurkan yang baik dan mencegah yang buruk), Pengarah Datuk Haris Kasim berkata teknologi telefon pintar itu memudahkan orang ramai untuk membuat aduan sekaligus meningkatkan keberkesanan Jais mencegah ‘barah’ jenayah syariah.

“Saya rasa ramai orang akan guna aplikasi ini sebab ia mudah,” kata Haris, lapor FMT.

“Semua aduan boleh dibuat menerusi aplikasi ini seperti aktiviti khalwat, ajaran sesat, ceramah agama yang tidak mempunyai permit dan perkara-perkara yang berkaitan dengan hal ehwal agama Islam.”

Spesifikasi untuk pemasangan aplikasi ini tidak berat, manakala penggunaannya kelihatan mudah. Versi sedia ada belum lengkap, namun ia sudah mampu melakukan tujuan teknologi itu melapor pelaku khalwat dan penceramah tanpa tauliah secara senyap dan pantas.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...