JAIS Dah Dapat Waran Tangkap, Kerah 122 Anggota Cari Nur Sajat Di Seluruh Selangor

Hiburan

JAIS Dah Dapat Waran Tangkap, Kerah 122 Anggota Cari Nur Sajat Di Seluruh Selangor

Usaid menerima waran tangkap daripada Mahkamah Tinggi Syariah, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengerahkan kira-kira 122 anggota dan pegawai penguatkuasanya agar mencari dan menjejak usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat ataupun nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman.

SajatSumber : Google  

Menurut wakil merangkap pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, tindakan itu dilakukan setelah memperoleh waran tersebut pada petang kelmarin.

Advertisement

Tindakan itu merupakan susulan daripada kegagalan Sajjad,36, menghadiri prosiding kes kesalahan memakai pakaian wanita kira-kira tiga tahun lalu di sebuah Mahkamah Tinggi Syariah bertempat di Selangor.

SajatSumber : Azrul Radi  

“JAIS mendapat waran tangkap ke atas Sajjad petang semalam, jadi hari ini kita menggerakkan anggota dan pegawai penguatkuasa kita untuk mencari Sajjad di seluruh Selangor.”

Difahamkan waran tangkap itu dikeluarkan oleh Hakim Syarie, Mohammad Khalid Shaee @ Shaii.

Awal Januari lalu, Sajjad telah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini di atas pertuduhan berpakaian menyerupai wanita di dalam sebuah majlis keagamaan pada 23 Februari lalu bertempat di kedai kecantikannya, Nursajat Beautician, Jalan Serai Wangi G16/G, Sekyen 16.

SajatSumber : Astro Awani  

Menurut Mohd Shahizan lagi, pihak yang terlibat dalam pencarian Sajjad masih belum membuat sebarang tangkapan namun pasukan penguatkuasa telah pun digerakkan ke seluruh Selangor bermula semalam untuk mengesan kedudukan usahawan produk kecantikan wanita itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...