JAIS: Akhil Hayy Tak Layak Ajar Agama

Hiburan

JAIS: Akhil Hayy Tak Layak Ajar Agama

jais akhil hayy

Akhirnya pihak yang sepatutnya bersuara sudah pun bersuara. Memang sah yang selama ini Akhil Hayy mengajar hanya berlandaskan latar belakang agama yang cetek. Mungkin sebab Akhil Hayy adalah seorang artis menyebabkan ceramah-ceramah dia agak popular.

Advertisement

Pengarah JAIS iaitu Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata:-

[note]Apa yang kami ketahui, dia (Akhil) pandai bercakap seperti penceramah lain tetapi tidak memiliki latar belakang agama yang sepatutnya dimiliki seorang penceramah agama. Bagaimanapun, kami tidak menafikan pengaruh artis membolehkan orang ramai tertarik dan gemar hadir bagi mendengar ceramahnya yang sebelum ini tidak ketinggalan melampiaskan kata-kata sindiran terhadap orang lain. [/note]

Mungkin ramai yang dah tahu yang Akhil Hayy pernah kena tangkap dengan JAIS sebab bagi ceramah tanpa kebenaran. Rasanya semua orang pun tau yang penceramah agama sewajarnya perlulah ada asas ilmu agama yang betul sebelum bagi ceramah.

Kami suka dengar ayat sindiran daripada pengarah JAIS ini:-

[note]Kami tak mahu penceramah yang hanya pandai bercakap tetapi tidak ada pengetahuan agama dan apa yang paling membimbangkan, mereka hanya menggunakan logik akal dalam ceramah mereka. [/note]

Dan sebagai penutupnya, JAIS memang dah mengharamkan Akhil Hayy untuk bagi ceramah di Selangor. Lagi-lagi selepas insiden penceraian dan perkahwinan Akhil yang memang menjatuhkan imej seorang penceramah agama.

[note]Kita sudah mengetahui latar belakang Akhil dan dan sudah pasti kita tidak akan membenarkan dia untuk mengadakan ceramah di negeri ini (Selangor). Kami tak mahu sebahagian besar daripada ceramah yang diberikan lebih kepada mengutuk dan mengaibkan orang lain sehingga mengabaikan ilmu yang sepatutnya diperoleh mereka yang mendengar.[/note]

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...