“Jahatnya Mulut, Kau Sangat Sundal Ya..” – Individu Berseloroh Tanya Bila Nak Cerai, Wawa Zainal Melenting Semasa ‘Live’ Minta Fikir Sebelum Tanya

Hiburan

“Jahatnya Mulut, Kau Sangat Sundal Ya..” – Individu Berseloroh Tanya Bila Nak Cerai, Wawa Zainal Melenting Semasa ‘Live’ Minta Fikir Sebelum Tanya

Ekoran kontroversi pasangan suami isteri, Alif Teega dan Aisyah Hijanah, ramai artis yang sudah berkahwin terlibat sama dengan masalah mereka apabila netizen berseloroh bertanya isu sensitif kepada mereka yang tak patut ditanyakan.

Terdahulu, pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafrel membuat satu live bersama, namun di tengah siaran langsung tersebut, ada individu yang bergelar Mira memuat naik komen yang bertanyakan mereka bila hendak bercerai. Membaca komen tersebut, Wawa tidak berdiam diri dan menyelar individu tersebut sebagai sundal.

Advertisement

Jahatnya mulut, eh Mira kau sangat sundal ya. Orang-orang sundal tak layak berada dalam live ini, sila keluar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)

Membaca soalan tersebut, meskipun ada yang menganggap itu hanyalah gurauan yang terbawa-bawa dari kontroversi lain, namun pasangan suami isteri ini tidak mengambil ringan hal tersebut.

Kata aktres itu, mereka harus tegas supaya tidak menjadi mangsa buli siber yang semakin berleluasa di media sosial. Jika didiamkan dan tak ditegur, akan semakin ramai orang yang mengikut tindakan negatif itu.

Pada masa yang sama, Aeril juga beranggapan sama seperti isterinya. Baginya, dia tidak mungkin berdiam diri jika ada yang menyentuh hal-hal sensitif seperti perkahwinan mereka itu. Katanya, jika ada komen-komen negatif yang lain mungkin boleh dilepaskan namun jika keterlaluan, dia selaku suami perlulah tegas menegur.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

isteri azlan komeng
1 year ago

"Boleh Ke Dari Pelacur Peribadi Jadi Isteri?" - Nur Nilam Akui Dah Cerai Dengan Azlan Komen, 'Penyondol' Punca Rumah Tangga Musnah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...