Boleh dikatakan sejak lahirnya putera sulung usahawan serta pengacara, Neelofa iaitu Muhammad Bilal pada bulan Januari lalu, dia sering menjadi tumpuan netizen dan ramai yang tidak sabar untuk melihat mukanya.
Biarpun tidak memberitahu bila mahu mendedahkan wajah anak lelakinya, Neelofa minta orang ramai untuk menghormati keputusan dia bersama suami tetapi beberapa hari lalu, tular di platform media sosial seorang individu mendedahkan wajah Bilal.
Susulan itu, Neelofa mengakui berasa sedih apabila individu terbabit melakukan seperti itu dan lebih membuat dirinya marah, bila muka Bilal disunting sesuka hati.
she wanted one thing kept private. just ONE thing. the lack of respect doesn’t even surprise me anymore.
— Athisha Khan (@ashishakhan) October 12, 2022
Bukan hanya Neelofa saja berasa terkilan dengan apa yang terjadi, malah adiknya iaitu Athisha Khan juga berasa kecewa kerana perkara yang dilakukan itu sememangnya melampaui batas.
Athisha merasakan kakaknya hanya mahukan privasi buat Bilal saja, tetapi sesetengah netizen tidak dapat hormat dengan keputusan itu.
Malah ahli keluarganya yang lain juga berasa marah dan mendoakan Neelofa serta suami terus diberikan kesabaran menghadapi ujian ini.
Sekadar info, semalam usahawan tersebut mengejutkan ramai pihak apabila dia mendedahkan wajah Muhammad Bilal sepenuhnya dan kapsyen yang dibuat membuatkan ramai berasa sebak.