Jaguar Land Rover sedang mengkaji teknologi artificial intelligence (AI) yang baru untuk membaca keadaan minda sewaktu memandu dan mengubah suai tetapan kabin untuk keselesaan pemandu.
Melalui kamera yang dipasang pada kabin pemandu, ia akan mengesan tahap mood dan keselesaan pemandu dan menyelaraskan mengikut kesesuaian pada tetapan kabin seperti penghawa dingin, pemanas, media (lagu) dan ambient lighting.
Teknologi ini juga mampu mengesan stress menerusi riak wajah pemandu. Jadi bila anda berasa stress sahaja, pasti akan dapat dikesan dengan serta merta.
Antara tetapan lain seperti ambient lighting yang akan berubah kepada warna yang menenangkan jika pemandu stress, memilih senarai lagu kegemaran jika ada tanda-tanda kerisauan pada wajah pemandu dan menurunkan suhu jika anda berasa mengantuk.
Selain itu, Jaguar Land Rover juga mencuba untuk teknologi ini dapat digunakan pada penumpang di belakang menerusi kamera yang dipasang di bahagian headrest.
Jika sistem ini dapat mengesan tanda letih dari riak wajah penumpang, ia akan memalapkan lampu, menggelapkan cermin belakang dan menurunkan suhu untuk membantu penumpang tidur dengan selesa.
Macam mana agaknya rasa kalau ada kereta macam ni ya? Mesti seronok setiap kali nak naik kereta ni.
Sumber: Jaguar Land Rover