Pendakwah bebas, PU Syed memberi teguran kepada pasangan selebriti Da’i Syed dan Hana Ismail yang sering memuat naik video memaparkan momen manis mereka menari bersama di media sosial.
Menerusi hantaran di laman Instagram, PU Syed atau Syed Mohd Bakri Syed Ishak meminta Da’i Syed dan isterinya untuk menjaga status mereka sebagai agamawan yang mungkin menyampaikan tazkirah, peringatan masyarakat.
Bukan itu sahaja, pendakwah bebas berusia 41 tahun itu berkata Da’i Syed tidak perlu menunjukan isterinya dan mengakui Hana merupakan seorang individu yang sudahpun dikenali ramai.
View this post on Instagram
Untuk isu Da’i Syed bersama isterinya menari, saya nasihat dan tegur adinda Dai Syed untuk menjaga status kita sebagai seorang agamawan.
Dalam pada itu, PU Syed menasihati agar pasangan selebriti itu untuk berubah dan menjaga adab tatasusila sebagai seorang Da’i agar tidak terpalit dengan fitnah.
Tapi alangkah bagusnya kalau tiada video-video berjoget dalam media sosial. Nak joget boleh, tapi tidak usah tunjuk kepada masyarakat.
View this post on Instagram
Awak orang hebat, jadi kita berubah jadi lebih hebat dengan menjaga adab tatasusila sebagai seorang pembawakan kepada Islam ni sebagai Dai, agar tidak terpalit fitnah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.