“Jagalah Isteri Yang Satu Dengan Baik…” – Isu Kahwin Dua, Edika Yusof Beri Nasihat Padu Untuk Para Suami

Hiburan

“Jagalah Isteri Yang Satu Dengan Baik…” – Isu Kahwin Dua, Edika Yusof Beri Nasihat Padu Untuk Para Suami

Perkahwinan kedua pengarah Syamsul Yusof dan Ira Kazar menjadi satu topik bualan hangat di seluruh negara terutamanya menerusi plaform media sosial.

Tidak hairanlah, selebriti sama ada mereka berpoligami atau memiliki usia perkahwinan yang lama menjadi tumpuan media serta netizen yang membandingkan situasi.

Advertisement

Pelakon Edika Yusof turut menjadi antara salah satu selebriti yang menjadi bualan kerana dipuji setia menjaga isterinya, Nor Hidayah yang lumpur separuh badan.

Kisah kesetiaan Edika pernah tular suatu ketika dahulu sebelum ini dan menjadi contoh serta inspirasi ramai kerana tabah menjaga isteri serta tiga anak mereka.

Bagaimanapun, kata pelakon berusia 55 tahun itu dia risau apabila ada pihak yang datang untuk meminta pandangan tentang isu ruamh tangga Syamsul dan Puteri Sarah Liyana.

Sukar untuk saya ulas tentang perkara ini kerana kita tidak tahu apa akan berlaku pada masa akan datang. Tetapi, apa yang boleh saya katakan jagalah isteri yang satu dengan baik.”

Sumber : Marliana Shamsuddin  

 

Tambah Edika lagi, dia memang akan terasa tempias ketika kisah sebegini hangat dibualkan dan turut berkata dia bukanlah malaikat sebaliknya hanya seorang suami yang mahu menjaga isteri dan anak dengan baik.

Pelakon Maria Mariana yang berkahwin pada 2003 itu turut berkongsi rahsia keharmonian rumah tangganya iaitu pasangan suami isteri perlu saling memahami dan jujur antara satu sama lain.

Saya tidak mahu kongsi hal rumah tangga di media sosial. Perkara itu terlalu sensitif dan yang menanggung kesannya adalah anak-anak kerana mereka menjadikan ibu dan bapa sebagai contoh.”

Syamsul Yusof Dr Zulkifli
2 years ago

"Dia 'Tapau' Semua.." - Dr Zulkifli Al-Bakri Titip Pesanan 'Khas' Buat Syamsul Yusof, Keluarga Dan Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...