Bila sebut tentang menjaga dan mengurus warga emas, ramai antara kita telah dimomokkan tentang kesukaran yang sering dihadapi, walhal ia tidaklah susah seperti yang disangka.
Seperti anak kecil, menjaga warga emas juga memerlukan persiapan yang cukup rapi, dalam masa sama perlu mengutamakan keselesaan mereka.
Baru-baru ini, iMedia berkolaborasi bersama Evony, jenama lampin dewasa, menjalankan sebuah kempen Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR), One Visit, Many Smiles
yang bertempat di PJ Senior Care, dan ini antara sorotan kempen tersebut.
Niat Buka Mata Masyarakat Tentang Kepentingan Utamakan Keselesaan Warga Emas
Tujuan kempen ini adalah untuk memberi kesedaran kepentingan dalam mengutamakan keselesaan ketika menjaga warga emas, khususnya berkaitan dengan pengurusan lampin dewasa.
Seperti yang kita ketahui, warga emas seringkali mengalami masalah kawalan pundi kencing (juga dikenali sebagai inkontinens), disebabkan faktor usia, atau penyakit seperti strok, dementia atau masalah saraf.
Evony menyumbang produk lampin dewasa terbaru mereka, Evony Adult Diaper Tape kepada pengurus rumah PJ Old Folks, yang kemudian akan diagihkan kepada warga emas yang menetap di situ.
Staff daripada Evony juga turut meluangkan masa bersama warga emas di sana serta sempat bertanya tentang cara pengurusan dan penjagaan di sana.
“Ianya sangat selesa dipakai. Bila dipakai dengan betul, ia tidak akan bocor”, ungkap Uncle Yeong, salah seorang warga daripada PJ Senior Care.
Sejujurnya, memang tidak nafikan, pilihan lampin dewasa adalah salah satu perkara yang sangat perlu dititikberatkan, bukan setakat untuk memberi keselesaan pada warga emas, malah untuk memudahkan urusan penjagaan.
Bersih & Berkualiti Tinggi, Evony Adalah Produk Yang Tepat
Lampin dewasa keluaran Evony adalah lampin yang sangat mengutamakan keselesaan kepada pengguna.
Didatangkan dalam dua pilihan praktikal, iaitu Evony Pita dan Evony Seluar, di mana kedua-dua jenis lampin ini mempunyai kelebihan tersendiri.
Lampin Evony Pita direkomen untuk warga emas yang terlantar di katil, lampin ini mempunyai lapisan atas anti-bakteria yang dapat mencegah pertumbuhan bakteria, serta mengurangkan bau tidak menyenangkan.
Fungsi ini dapat mengurangkan risiko masalah kulit, sekali gus menjamin kebersihan dan kesihatan kulit yang lebih baik.
Manakala, lampin Evony Seluar mempunyai jahitan anti-luncur yang direka khas untuk warga emas yang aktif bergerak.
Direka dengan teliti, lampin ini mampu menyokong takungan cecair serta meminimumkan kesan melabuh, sekali gus membolehkan warga emas bergerak dengan lebih bebas dan selesa.
Dari segi luaran, kedua-dua lampin dewasa Evony ini mempunyai lapisan luar seperti kain yang berupaya untuk memberi keselesaan pada kulit pengguna, walaupun digunakan dalam tempoh yang lama.
Selain itu, penghadang sisi yang lembut mencegah kebocoran di sisi ketika memakai dan bergerak memastikan perlindungan dan keselesaan sepanjang hari.
Kalau ingin tahu bila lampin perlu ditukar pun senang dengan penunjuk kebasahan, di mana ia akan bertukar warna dari kuning ke biru. Senangkan?
Paling penting, kesemua lampin dewasa Evony adalah Hipoalergenik dan diuji secara dermatologi untuk kegunaan harian yang selamat.
Dengan semua kelebihan yang ada pada lampin dewasa Evony ni, memang tak dinafikan, ia adalah lampin yang sangat sesuai untuk keselesaan buat tersayang.
Lepas ni, pengurusan menjaga warga emas akan jadi lebih mudah dan anda boleh meluangkan lebih banyak masa bersama.
Jadi, kalau anda tengah mencari lampin dewasa, anda boleh dapatkan Evony di Shopee, Lazada atau TikTok Shop sekarang.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Evony, atau ikuti media sosial di Facebook untuk sebarang update terkini.
