Pelakon Rozita Che Wan, 49, baru-baru ini memuat naik satu postingan di Instagram menegur sikap segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan pelakon itu membenarkan puteri tunggalnya, Aaisyah Dhia Rana bersolek pada usia kecil.
Dalam ‘caption‘ entrinya di Instagram, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta menjelaskan bahawa anak perempuannya itu memang suka bersolek dan melaram.
Che Ta juga menerangkan bahawa tiada larangan untuk Aaisyah melakukan sedemikian kerana ia merupakan satu minat yang diwarisi daripada dirinya sendiri.
Tambah Che Ta, dia tidak memarahi Aaisyah kerana tidak suka anak perempuannya itu menangis dan merajuk hanya kerana dilarang memakai mekap.
Selain itu, Che Ta juga menasihatkan orang ramai supaya menjaga tepi kain sendiri dan fokus dengan anak masing-masing berbanding menyibuk dengan kehidupan orang lain.
Perkara itu rata-ratanya mendapat sokongan warganet di Instagram yang turut terhibur dengan leteran pelakon tersebut.