“Jaga Tepi Kain Sendiri!” – Peguam Siti Kassim Tempelak PU Riz Gara-Gara Minta Netizen Jaga Aurat Adibah Noor

Hiburan

“Jaga Tepi Kain Sendiri!” – Peguam Siti Kassim Tempelak PU Riz Gara-Gara Minta Netizen Jaga Aurat Adibah Noor

Pemergian penyanyi dan juga personaliti TV, Adibah Noor pada Sabtu lalu ternyata mengejutkan ramai terutamanya peminat dan juga rakan artis.

Berikutan itu, pendakwah bebas PU Riz berasa terpanggil untuk memberi teguran kepada orang ramai agar tidak berkongso foto Allahyarhamah yang tidak menutup aurat.

Advertisement

Namun begitu, ada yang kurang senang dengan nasihat yang diberikan kepada suami kepada artis terkenal Neelofa itu termasuklah peguam dan juga aktivis, Siti Kassim.

Perkara itu diluah peguam penuh kontroversi itu di laman Twitter di mana dia telah memuat naik teguran Haris dan meminta agar pendakwah itu ‘ambil kisah’ hal sendiri serta mendiamkan diri sahaja.

PU RIZSumber : Instagram  

Siapa dia ni? Dia patut jaga hal sendiri dan diam sahaja! Dia ingat dia sudah punya tempat di syurga?

Sememangnya sangat lantang bersuara di media sosial, Siti Kasim sebelum ini ada meluahkan rasa sedih dan terkesan dengan pemergian arwah Adibah Noor yang dianggap sebagai seorang yang baik dan berbakat besar.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen rata-rata bersetuju dengan pendapat Siti Kasim dan ada yang meminta PU Riz agar menasihati isteri sendiri agar tidak terlalu menunjuk kekayaan dan kemewahan di media sosial.

TwitterSumber : Twitter  

Namun begitu, ada juga yang bersetuju dengan teguran PU Riz dan berharap netizen dapat mengambil iktibar di atas apa yang telah terjadi.

lelaki tegur aurat arwah Adibah noor dikecam
3 years ago

"Dah Sakit Pun Tak Insaf" - Sempat Tegur Aurat Arwah Adibah Noor, Lelaki Biadap Bikin Netizen 'Panas'!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...