Meskipun sudah berkahwin dengan jejaka lain, Bunga Citra Lestari atau lebih mesra dengan panggilan BCL masih menjaga hubungan baik dengan keluarga arwah suaminya, Ashraf Sinclair.
Malah bukan hanya BCL tetapi juga suaminya kini, Tiko Aryawardhana juga turut mempunyai hubungan yang baik dan menjaga silaturahim dengan keluarga Sinclair.
Pasangan itu meraih perhatian dan dipuji kerana menyambut hari lahir bapa Almarhum Ashraf, Mohamed Anthony John Sinclair di Indonesia baru-baru ini.
BCL turut berkongsi momen indah tersebut di Instagram dengan memuat naik beberapa gambar serta video ketika sambutan hari lahir itu.
View this post on Instagram
Ramai netizen dari Malaysia dan Indonesia memuji BCL dan Tiko kerana menyantuni kedua ibu bapa Ashraf serta turut senang hati melihat keluarga arwah juga menerima Tiko dengan begitu baik.
Netizen juga kagum dengan pasangan yang di awal perkahwinan mempunyai kontroversi itu kerana ada hal baik yang mereka tunjukkan serta boleh dijadikan inspirasi iaitu menjaga silaturahim dan saling menghormati.
Sudah tentu hubungan baik ini akan berkekalan kerana anak BCL dan arwah Ashraf iaitu Noah merupakan cucu kepada pasangan Sinclair.
Ibu bapa arwah Ashraf juga memang sering ke Jakarta, Indonesia untuk melawat kubur anak mereka sekaligus berjumpa BCL dan cucu mereka.