October 15th, 2018

Bermula daripada kes Datuk Farid Kamil didakwa atas kes dadah sehinggalah hari ini, masih ramai yang terus menjaja cerita negatif dan mencetuskan spekulasi mengenai rumah tangganya bersama Datin Diana Danielle.

Masih bahagia bersama Farid dan dua orang cahaya mata mereka, Diana menasihati masyarakat untuk tidak terlalu jaga tepi kain orang.

Sebagai artis, lumrah lah akan jadi perhatian sekeliling yang nak tahu tentang apa saja. Apatah lagi tentang perkahwinan. Sayangnya, ada yang sibuk bercerita hal tidak benar. Nasihat saya, lebih baik menjaga rumah tangga sendiri berbanding sibuk nak mencari masalah orang.

Dan kalau mereka lebih bercakap tentang suami saya kerana tindakan (kerana isu dikhianati sebelum ini) mencari keadilan bagi dirinya, janganlah sampai ada yang bercerita hal tidak benar. Saya lebih kenal suami saya. Yang tak duduk di tempatnya tidak berhak membicarakan masalahnya.

Macam yang saya katakan awal tadi, apa yang telah dilalui kami, kian membahagiakan walaupun ada yang berburuk sangka.

Kalau kita lihat pasangan suami isteri sedang bahagia, apa salahnya untuk mendoakan yang terbaik buat mereka dan semoga masjid yang dibina berkekalan sehingga ke syurga. Memanglah ada kalanya perkahwinan itu ada pasang surutnya tetapi janganlah buruk sangka.

Sumber Berita : Utusan Online


17 responses to “Jaga Rumah Tangga Sendiri Berbanding Cari Masalah Orang – Diana Danielle”

  1. Anonymous says:

    Dulu sya dgr ko suka joint memandu car racing tu (drift), ko yg mgkn abaikan rmhtangga dek kerana minat, sudah jdi bini org, jagalah rmhtangga dn hati somi ko. Mgkn somi kau jiwa kacau sbb ko abaikan rmhtangga, lalu berjinak dgn dadah utk releasekn tension. Bila sudah kena, dn tmbah lagi kes somi dlm perhatian mahkamah, tiada pulak aku dgr citer pasal drift2 ni.

    Ke ko dh insaf.

  2. minah kelabu says:

    sama la..u pun jaga la family u baik2..x yah masuk campuq urusan org lain.

  3. sephora says:

    dia yg sibuk hal org komen sini sna mengata dsv mcm2 skrg mrh pula org sibuk hal ko..jaga laki ko baik2 tau..bahagia la sgt

  4. Tk says:

    may be aku terlepas pandang. Aku nak tahu juga apa keputusan kes Farid Kamil dan Uqasha. Dan juga kes kerusi terbang Di flat yang menyebabkan kematian tu.

  5. Aku says:

    Kes Farid Kamil ni bukan main besar kes polis tapi rileks je boleh keluar tv, masuk Meletop Raya lah semua. Sofi Jikan pulak yang aku tengok macam kena banned dari tv. Sama lah dengan Uqasha rileks je berlakon keluar tv. Padahal ada kes dadah. Di mana keadilan weh!

Loading...