Sekiranya anda pernah membaca majalah Mastika ketika kecil dahulu, pastinya anda pernah terbaca kisah-kisah misteri yang sering terjadi kepada orang Malaysia yang pergi menunaikan haji/umrah di Mekah. Antaranya seperti tak nampak Kaabah walaupun Kaabah berada di depan mata, selipar hilang selepas bercakap “ah selipar aku tak hilang punya“, tiba-tiba demam sampai tak boleh bangun kerana terlepas cakap “aku kuat la tak pernah sakit-sakit nie” dan banyak lagi. Terbaru menerusi laman sosial Twitter, para netizen telah berkongsi beberapa lagi kisah misteri yang terjadi kepada pengunjung kota Mekah.
<
Agak menyeramkan juga membaca perkongsian yang telah dilakukan. Ada yang sampai rahim bernanah, ada yang tak rasa aircond, ada yang sampai gadis Arab pegang tangan dan macam-macam lagilah. Lebih menarik ia adalah perkongsian yang terjadi pada diri sendiri, bukan kepada orang lain (kecuali kes rahim bernanah).
<
<
<
Apa apa pun segala percakapan dan perbuatan kita haruslah dijaga sepanjang masa tanpa mengira tempat. Tak kiralah sama ada di Mekah ke, Madinah ke, rumah ke. Janganlah bercakap sombong, berlagak dan suka memperlekehkan orang lain. Tak gitu?