“Jaga Perasaan Suaminya, Dia Masih Isteri Orang” – Sharnaaz Ahmad

Hiburan

“Jaga Perasaan Suaminya, Dia Masih Isteri Orang” – Sharnaaz Ahmad

Gara-gara sering didoakan agar kembali bernikah dengan bekas isteri, Noor Nabila, ini respon pelakon Sharnaaz Ahmad mengenai permintaan netizen itu.

Kata Sharnaaz, peminat perlulah lebih sensitif dan menjaga batas dalam memberi komen memandangkan Noor Nabila masih bergelar isteri kepada Engku Emran.

Advertisement

Sharnaaz tampil memberi respon setelah wujud beberapa hantaran video di TikTok yang mengumpulkan foto-foto sewaktu mereka berdua masih bergelar suami isteri.

Saya tidak berhak marah, malah saya ucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan saya. Benda baik, orang doa yang baik, bukan minta saya pergi mati misalnya.

Tapi kena ingat, dia masih isteri orang. Kena jaga sensitiviti dan perasaan suaminya juga. Itu pesanan saya buat semua.

Ujarnya lagi, di usia mencecah 40 tahun kini, Sharnaaz mengakui dirinya segan dan malu untuk berkongsi mengenai kisah peribadi terutamanya dalam bab percintaan.

Namun begitu, pelakon Polis Evo 3 itu mengaku sedang berkenalan dengan seseorang namun enggan mendedahkannya dengan lebih lanjut.

shuhada hafidz roshdi
1 year ago

"Kesian Baby, Jangan Meroyan Sudah" - Netizen Tumpang Simpati, Nasihat Shuhada Fokus Diri Sendiri & 'Off' Media Sosial

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak.com

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...