Sejak kebelakangan ini, makin banyak artis tanah air yang dijangkiti virus COVID-19. Yang terbaru dilaporkan positif virus tersebut ialah pelakon Aeril Zafrel.
Menerusi entri di laman Instagram miliknya, pelakon lelaki itu menyampaikan berita bahawa dia disahkan positif COVID-19. Menurutnya, dia telah pun menjaga pengurusnya yang demam pada Isnin lalu selain turut bermalam di rumah tersebut kerana sudah kebiasaannya seperti itu.
View this post on Instagram
Kemudiannya, Aeril dan juga pengurusnya telah menjalani ujian calitan COVID-19 pada keesokan harinya sebelum ada berjumpa dengan beberapa staf bagi perbincangan mengenai pelancaran produk baru secara virtual.
Pun begitu, dia menerima keputusan pada hari Rabu di mana kedua-dua dirinya dan pengurus disahkan dijangkiti virus itu. Dek berita itu, Aeril terus menjalani ujian buat ahli keluarga dan juga staf yang menjadi kontak rapat dengannya.
Di akhir entri tersebut, Aeril mengatakan bahawa dia akan menjalani kuarantin sendiri di tingkat atas rumah manakala demam pengurusnya sudah pun beransur pulih namun masih lagi perlu dikuarantin.
Apa pun, semoga semuanya baik-baik sahaja.