‘Jaga Mulut Dekat Tempat Baru, Kalau Tak…’, Nenek Bongkok Tiga Jadi Siri Viu Paling Dinanti Tahun Ni!

Branded

‘Jaga Mulut Dekat Tempat Baru, Kalau Tak…’, Nenek Bongkok Tiga Jadi Siri Viu Paling Dinanti Tahun Ni!

Setiap kali kita masuk ke kawasan baru terutama hutan, mesti ada antara kita yang akan menasihati supaya menjaga pertuturan dan adab untuk mengelakkan diri dapat ‘ditimpa’ perkara yang tidak ingini betul tak?

Maklumlah, setiap tempat semestinya mempunyai ‘penghuni’ yang akan menjaga kawasannya. 

Baru-baru, terdapat sekumpulan individu telah meneroka sebuah hutan dikenali sebagai Bukit Luruh dan disebabkan kecuaian, mereka telah menjadi ‘tebusan’ seorang nenek di kawasan itu.  Kalau korang nak tau apakah nasib 8 individu yang menjadi tebusan ini, jom kami kongsikan!

Untuk pengetahuan, Nenek Bongkok Tiga merupakan sebuah drama bersiri di Viu Original, arahan Datuk Yusry Abdul Halim, terbitan Independent Pictures.

Drama ini mengisahkan tentang lapan orang individu yang menjadi tahanan di sebuah rumah agam terletak di tengah-tengah hutan Bukit Luruh yang didiami oleh seorang nenek tua, akibat menceroboh kawasan ‘Tuan Tanah’ dan harus melaksanakan cabaran-cabarannya untuk keluar menyelamatkan diri. 

Namun, demi kepentingan diri sendiri, mereka saling khianat mengkhianati antara satu sama lain untuk melepaskan diri daripada menjadi tahanan nenek bongkok tua. 

Tanpa disedari, satu persatu rahsia besar tentang kejadian besar yang pernah berlaku di Bukit Luruh serta identiti sebenar nenek bongkok tua itu telah terbongkar.

Haa, kalau anda nak tahu apakah nasib yang akan menimpa lapan individu ini, saksikan Nenek Bongkok Tiga di Viu bermula 9 Feb ini atau kalau korang tengok siri ini bersama pelakon-pelakon Nenek Bongkok Tiga kegemaran korang bila korang join roadtour siri ini di 3 lokasi terpilih.

Sertai Road Tour, Tonton Premiere Bersama Pelakon Kegemaran & Peluang Menangi Pelbagai Hadiah

Nenek Bongkok Tiga

Untuk meraikan drama siri terbaru Viu Original, Nenek Bongkok Tiga yang bakal ditayangkan pada 9 Februari 2023, Viu menganjurkan premiere serta road tour khas untuk anda tau! Wah, menariknya!

Lagi best, anda boleh berjumpa dan berinteraksi dengan barisan pelakon seperti Hun Haqeem, Meerqeen, Sherie Merlis, Sara Ali, Syafie Naswip, Sara Mack Lubis, Fimie Don, Syazwan Zulkifly, Ashraf Muslim, Sofia Jane, dan Rykarl Iskandar semasa premiere berlangsung! Biar betul?!

Bukan itu saja, anda juga boleh menyertai pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan dan paling penting, anda berpeluang untuk dapatkan tiket premiere serta barangan eksklusif daripada Viu! Perghh, jadi tak sabar pula nak pergi!

Selain itu, terdapat juga giveaway baucar PRISM+ TV yang bernilai RM3,299 serta Premium Akses 1 bulan Viu khas untuk anda yang datang ke lokasi road tour tau! Siapa cepat dia dapat!

Berikut kami kongsikan lokasi premiere dan road tour yang akan dijalankan:

– Pavilion Kuala Lumpur: 8 Februari, bermula jam 12 tengahari hingga 10 malam

– Kuantan City Mall: 10 Februari, bermula jam 12 tengahari hingga 10 malam 

– Paradigm Johor Bahru: 17 Februari, bermula jam 12 tengahari hingga 10 malam

Nenek Bongkok Tiga

Untuk premier dan road tour di Pavilion, Kuala Lumpur, saksikan persembahan secara LIVE daripada barisan artis seperti ChronicalZ, Nakalness, Kidd Santhe dan KungfuHeidi bermula jam 6 petang serta jangan lupa untuk sertai pelakon-pelakon Nenek Bongkok Tiga di sesi Karpet Merah pada jam 7.30 petang! 

Haa, meriahkan premiere dan road tour Nenek Bongkok Tiga ni? Jadi, tunggu apa lagi, ajak semua kawan-kawan dan keluarga untuk serbu lokasi yang kami nyatakan!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Viu atau ikuti media sosial Facebook.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...