“Jaga Maruah Dan Imej Diri..” – Duda Sado Jual Durian Ditegur JHEAT, Boleh Kena Hukuman Penjara Atau Denda

Berita

“Jaga Maruah Dan Imej Diri..” – Duda Sado Jual Durian Ditegur JHEAT, Boleh Kena Hukuman Penjara Atau Denda

Tular baru-baru ini mengenai kisah lelaki tidak berbaju ketika menjual durian di Terengganu yang telah mencuri tumpuan warga maya di internet.

Kisah itu turut mendapat perhatian Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di mana Ketua Penolong Pesuruhjaya Kanan (Bahagian Dakwah), Zahari Sulong.

Advertisement

Zahari tampil menegur peniaga terbabit dan memintanya untuk tidak lagi mempamerkan bentuk badannya di khalayak awam.

Jelas Zahari, ia bertujuan untuk menjaga diri sendiri daripada fitnah sekali gus mendapatkan keberkatan dalam urusan perniagaan.

JHEAT berpandangan apa yang ditularkan itu tidak sepatutnya berlaku bukan sahaja di negeri Terengganu bahkan di seluruh tempat kerana ia mengundang kepada fitnah.

Katanya, perkara itu tidak sepatutnya berlaku apatah lagi di tempat awam dan dalam keadaan mencari rezeki.

Betul lah kalau dia kata dah tutup aurat dengan memakai seluar, tetapi sepatutnya semua kita kena jaga. Kena tutup aurat ‘comel’, ‘molek’ sebab kita mahu jaga imej dan maruah diri sendiri.

Difahamkan, JHEAT setakat ini hanya mengambil pendekatan untuk memberi nasihat dan belum mengambil sebarang tindakan tegas berhubung perkara itu.

Namum, terdapat Enakmen Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu yang memperuntukkan denda melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun jika seseorang itu dengan sengaja mendedahkan tubuh di tempat awam.

Sekadar info, peniaga tersebut yang juga seorang duda anak tiga merupakan ahli bina badan dan pernah bergelar Mr. Body Cantik selama tiga tahun berturut-turut sejak 2017.

duda sado jual durian
11 months ago

"Teringin Pula Nak Makan.." - Duda Sado Jual Durian Tanpa Baju Buat Ramai Wanita Tak Keruan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Sinar Harian

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...