Selamat bernikah dengan seorang usahawan dari Kelantan, perkahwinan kali keempat Natasha Hudson tidak sangka mendapat perhatian netizen.
Pelbagai spekulasi mula timbul dan Natasha menerima serangan kritikan yang bertubi-tubi daripada netizen mengenai perkahwinannya termasuklah mereka yang mempertikaikan mengapa beliau tidak memakai purdah lagi.
Tidak tahan melihat kakaknya terus dikecam, pelakon Tania Hudson tampil mempertahankan Natasha.
Menerusi Insta Stories beliau di Instagram, Tania meminta netizen untuk tidak menjaga tepi kain orang dan menghormati keputusan kakaknya itu. Kata Tania, orang luar tidak layak untuk menghakimi seseorang tanpa mengetahui kisah sebenar.
Bertabahlah, tidak perlu ambil pusing ataupun melayan kerenah mereka yang hanya mencari kesalahan dan mengecam orang lain. Teruskan kehidpun seperti biasa.