Jaga Kesihatan Sambil Berseronok! Jom Sertai ‘Own Your Wellbeing’ Bersama guardian

Branded

Jaga Kesihatan Sambil Berseronok! Jom Sertai ‘Own Your Wellbeing’ Bersama guardian

Rakyat Malaysia kini semakin mementingkan gaya hidup sihat, dari larian hujung minggu, yoga, hinggalah mencuba sukan baharu seperti pickleball.

guardian Malaysia menyokong kesihatan rakyat Malaysia

Sebab itulah, guardian Malaysia terpanggil untuk menampilkan inisiatif baharu, “Own Your Wellbeing”, sebuah festival kesihatan yang mengajak rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat usia untuk lebih peka terhadap kesejahteraan diri.

Inisiatif ini memberi penekanan bahawa setiap individu berhak mengawal cara mereka kelihatan, berasa dan menikmati kehidupan, tanpa mengira usia atau status.

guardian Wellbeing Roadshow (16 – 21 September 2025)

Orang ramai dijemput hadir ke guardian Wellbeing Roadshow yang akan berlangsung selama enam hari bermula 16 September sehingga 21 September. Terdapat tiga zon menarik yang ditawarkan:

– Power Up Zone – Zon bertenaga tinggi dengan cabaran kekuatan fizikal yang menyeronokkan.

– Zen Studio – Ruang tenang untuk aktiviti pernafasan dan refleksi bagi mengembalikan semangat.

– Health Check Station – Konsultasi peribadi percuma, tip dan demo untuk membantu anda menjaga kesihatan dengan lebih baik.

Selain itu, pengunjung boleh menyertai kelas-kelas Wellbeing yang diadakan sepanjang berlangsungnya roadshow ini termasuk Zumba, Pound Drum, Family Yoga, Pilates, Yoga & Journaling, Aromatherapy Workshop, Sound Bath Meditation termasuk sesi perkongsian dari jenama-jenama kesihatan yang terlibat. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja membantu meningkatkan kecergasan, malah memberi peluang kepada peserta untuk berehat dan menjaga kesejahteraan mental.

Aktiviti Kemuncak: Pickleball & Fun Run

guardian juga turut menawarkan dua aktiviti besar untuk menarik minat komuniti sihat dan aktif:

Pickleball Day x Kudos

– Tarikh: 20 September 2025

– Lokasi: The Pickle Grounds, One World Hotel (berhampiran 1 Utama)

– Aktiviti:
Pickleball Friendly Match
(Mixed Doubles, 18 tahun ke atas, yuran RM60 sepasukan)

Pickleball Fun Play iaitu sesi permainan santai dan mesra dimain bersama seisi keluarga dan rakan-rakan. juga sesuai untuk kanak-kanak, remaja dan ibu bapa yang ingin mencuba sukan baharu ini yuran RM60 untuk satu gelanggang

– Kelebihan peserta: Setiap peserta akan menerima guardian goodies bag bernilai RM150 serta T-shirt bagi peserta Pickleball Friendly Match

guardian Fun Run

– Tarikh: 21 September 2025 (Ahad)

– Lokasi: Bandar Utama

– Kategori: 5KM (RM45 dewasa / RM30 kanak-kanak)

– Kelebihan ahli guardian: Tebus RM5 dengan hanya 100 MYpoints melalui aplikasi MYguardian Rewards.

Anda boleh sertai keseronokan ini dengan membeli tiket di: https://www.heyjom.com/event/guardian-Own-Your-Wellbeing

Fokus Utama: Kesihatan Untuk Semua

Festival ini diadakan bagi memenuhi keperluan masyarakat yang semakin menitikberatkan kesihatan fizikal dan mental. guardian percaya, setiap individu boleh memiliki kawalan terhadap kesejahteraan diri dengan memilih gaya hidup sihat, menyertai aktiviti kecergasan dan mendapatkan produk kesihatan yang sesuai.

Dengan pelbagai tawaran aktiviti, bengkel, serta acara komuniti, guardian mengajak semua rakyat Malaysia untuk menyertai perjalanan ini. “Own Your Wellbeing” bukan sekadar tagline, tetapi satu panggilan untuk setiap orang mula menjaga diri, bergerak aktif, dan meraikan kehidupan dengan penuh keyakinan.

Berseronok sambil mengutamakan kesihatan di SINI, dan dapatkan maklumat lanjut di laman guardian Malaysia atau laman sosial seperti Instagram, TikTok dan Facebook.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...