Perhatian kepada pemilik YSUKU, anda kini sedang diperhatikan oleh pihak berkuasa.
Ini kerana YSUKU anda menjadi tumpuan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman jika motosikal Yamaha Y15ZR atau Ysuku diubahsuai bagi tujuan perlumbaan.
Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/ Kawalan Lalu Lintas/ Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, tindakan sita akan dikenakan terhadap mereka sekiranya didapati melakukan kesalahan itu.
Dulu motosikal yang popular untuk ubah suai adalah Honda EX5 dan sekarang Ysuku. Ini bahaya kerana mereka ubah suai kelajuan melebihi kemampuan motosikal.
Trend ini dalam pemerhatian pihak polis. Motosikal itu (Ysuku) memang laju, kenapa perlu ditingkatkan lagi kelajuannya? Ini akan datangkan musibah.
Sementara itu, mengulas mengenai Op Khas Kenderaan Perdagangan dijalankan, Mohd Nadzri berkata, 1,384 saman dikeluarkan terhadap pemandu kenderaan perdagangan dalam operasi yang bermula sejak Selasa sehingga malam ini, dan menurutnya dalam tempoh itu juga, 18 pemandu berusia antara 30 dan 40 tahun ditahan kerana positif dadah.
Timbalan Pengarah (Penguatkusaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) JSPT Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, polis menyedari trend pengubahsuaian motosikal itu yang banyak dilakukan pemiliknya termasuk dalam kalangan selebriti.
Motosikal yang diubahsuai melebihi peraturan yang ditetapkan dan dapat membahayakan pengguna boleh disita oleh pihak berkuasa.
Jika anda mempunyai motosikal YSUKU, ikutlah peraturan yang ditetapkan agar tidak membahayakan nyawa.
Sumber: BH