Jaga Ibu Sakit Kanser, Lelaki Stres Teman Wanita Tak Suka – “Dia Kata Ibu Saya Patutnya Pandai Berdikari”

Kehidupan

Jaga Ibu Sakit Kanser, Lelaki Stres Teman Wanita Tak Suka – “Dia Kata Ibu Saya Patutnya Pandai Berdikari”

Seharusnya kita mempunyai sifat empati, memahami dan berada di sisi orang yang disayangi ketika mereka melalui detik sukar dalam hidup.

Namun, seorang lelaki ini menceritakan tentang teman wanitanya yang tidak menyokong malah tidak gembira apabila dia menjaga ibunya yang sakit.

Advertisement

Menerusi Facebook, lelaki itu berkata ibunya yang berusia 70 tahun disahkan menghidap kanser dan perlu ditemani untuk ke hospital menjalani rawatan.

Institut Kanser Negara

Katanya, dia merupakan anak tunggal dan telah kehilangan bapa pada usia satu tahun jadi sejak itu ibunya membanting tulang dan bekerja keras untuk membesarkannya.

Sudah tentu apabila ibunya sakit dia mahu menunaikan tanggungjawab untuk menjaga wanita itu bagaimanapun teman wanitanya pula mempunyai pendapat yang berbeza.

 

Kekasih kata ibu patutnya berdikari

Kekasihnya berkata ibunya seharusnya bertanggungjawab terhadap rawatannya sendiri dan pandai menguruskan diri. Dia juga berpendapat bahawa tanggungjawab utama lelaki tersebut adalah terhadap bakal keluarganya, bukan ibu kandungnya itu.

Dia (teman wanita) kata ibu saya patut belajar untuk berdikari. Dia juga cakap ada ramai orang lebih tua daripada ibu saya yang masih larat bekerja.

pasangan kekasih bergaduh

Gambar hiasan

Teman wanitanya juga berpendapat ibu bapa yang memilih untuk mempunyai anak dan membesarkan adalah tanggungjawab mereka dan orang tua sepatutnya tidak berharap agar anak-anak akan membalas jasa itu.

Wanita itu berpendapat tindakannya mahu menjaga ibunya yang sakit hanya kerana terikat dengan idea lapuk dan ketaatan seorang anak.

 

Ibu tiada siapa dalam hidup

Lelaki itu juga turut meluahkan bahawa dia tidak sampai hati untuk membiarkan ibunya yang sakit untuk lalui semuanya sendirian.

Dia berumur 70 tahun, sedang berlawan dengan penyakit kanser dan ibu tiada sesiapa selain saya. Tak mungkin saya boleh biarkan dia uruskan semuanya seorang diri.

wanita tua sedang bersedih

Gambar hiasan

Perkongsian itu meraih pelbagai reaksi terutamanya tentang sikap kekasihnya dan ramai berpendapat dia tidak perlu meneruskan hubungan dengan wanita tersebut.

Lelaki tersebut juga dipuji kerana mempunyai rasa tanggungjawab dan tidak melupakan ibunya saat wanita itu berlawan dengan penyakit kanser.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

5 months ago

Mampu Beli Sendiri Bayar ‘Cash’ Tapi Wanita Ini Mahu Kekasih ‘Belanja’ iPhone 16 ‘Installment’ 3 Tahun - “Selfish Tak I?”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : WeirdKaya

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...