Jaga Ibu Sakit Di Rumah, Gadis Maut Dibunuh Perompak

Trending

Jaga Ibu Sakit Di Rumah, Gadis Maut Dibunuh Perompak

Seorang remaja perempuan difahamkan meninggal dunia selepas dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di Kampung Lubok Batu, Telemong, semalam.

Gadis berusia 19 tahun itu yang dikenali sebagai Siti Nur Surya Ismail ditemui tertiarap di ruang tamu rumahnya dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang.

Advertisement

Mangsa ditemui adiknya Siti Nur Syuhada, ketika pulang dari sekolah.

Abang mangsa, Mohd Zaid Azroi mendedahkan beliau menyedari kejadian itu selepas dihubungi Syuhada ketika sedang bekerja di Kampung Bukit Payong.

“Adik (Siti Nur Surya) dibunuh kejam dengan beberapa kesan (tikaman) dipercayai senjata tajam di beberapa bahagian badan termasuk putus pergelangan tangan kiri. Ketika kejadian hanya ibu sahaja yang ada di rumah. Ibu yang terlantar sakit hanya mampu melihat kerana dia menghidapi sakit kanser otak,”

Dalam pada itu, menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar siasatan masih dijalankan di lokasi kejadian.

Malah, pihaknya memaklumkan, berdasarkan petunjuk kes ini, ia dipercayai dilakukan oleh seorang individu.

“Barangan yang hilang membabitkan wang tunai. Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku jam 9 pagi,”

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...