Baru-baru ini, kisah Aiman Tino dan keluarganya telah menjadi topik utama perbualan para netizen selain daripada portal media. Dikatakan mula mengabaikan kerjaya seninya kerana wanita, penyanyi itu tampil menjelaskan perkara sebenar.
BACA: “Khilaf Saya Sendiri” – Ibu Dakwa Dah Berubah, Aiman Tino Akui Lambat Balas Mesej Punca Salah Faham
Tak cukup dengan itu, bapa Aiman turut mendedahkan bahawa dia sudah menasihati anak lelakinya itu supaya lebih berdisiplin dalam menguruskan hal kerjayanya.
Masih lagi dperkatakan netizen, kakak kepada Aiman iaitu Fara Hezel turut tampil bagi mengulas mengenai isu yang menyelubingi adiknya tersebut.
Kata wanita itu, dia berharap agar netizen tidak mengecam ahli keluarganya selain berhenti mengambil tahu apa yang terjadi di dalam kehidupan mereka.
Malah Fara turut meminta orang ramai berhenti menghukum keluarganya memandangkan orang lain juga pasti mempunyai keluarga sendiri.
Apabila ada peminat yang bertanya mengenai keadaan Aiman dan dirinya selepas tercetusnya isu ini, Fara menjawab bahawa mereka berdua baik-baik sahaja.
Menerusi entri terbaru Aiman di Instagram, penyanyi itu menganggap bahawa insiden ini merupakan satu fasa baru yang perlu dilaluinya selain mengatakan yang dia akan menghadapinya dengan senyuman.
View this post on Instagram
Apa pun, semoga isu ini redalah hendaknya.

unknown
February 11, 2021 at 9:26 am
mak hg yg gelabah dulu kan.. sama kes cam neelopa.. family sendiri yg gelabah bewok then nak salahkan org plak.. stupid!
Anonymous
February 11, 2021 at 9:17 am
entahnye….dh sah2 mak dia y publish story ni. pastu nk slahkn netizen.aduh,semak laa dorang nih…
tecit
February 11, 2021 at 8:49 am
aiman, ape2 hal pon tgk muke kt cermin. ko akn nampak muke mak kauuuu. sebijik wehhh. jadi fikirla balik. ape2 jadik nanti yg akan sentiasa terima baik buruk kau ialah family kau sendiri. fikir2 dan renung2kanlah dan selamat beramal.
Anonymous
February 10, 2021 at 3:13 pm
family dia ni mmg bodoh english me hahaha
Anonymous
February 10, 2021 at 10:18 pm
Hahahah mind your on business ?
entah ler nakk
February 10, 2021 at 2:52 pm
bukan ke family dia yang brought this case to public? so, memang lah netizen biasa ni tahu. kalau tak kecoh kat public, takkan lah netizen tau hal keluarga dia. ke macam mana? wkwkwkwk