Jaga Flora Dan Fauna, Pemangku Raja Pahang Saran Aktiviti Perlombongan Tasik Chini Dihentikan

Kehidupan

Jaga Flora Dan Fauna, Pemangku Raja Pahang Saran Aktiviti Perlombongan Tasik Chini Dihentikan

Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencadangkan supaya aktiviti perlombongan di kawasan Tasik Chini perlu dihentikan.

Menurut Pengelola Bijaya Diraja KDYMM Sultan Pahang Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman, cadangan itu selepas baginda mengadakan lawatan mengejut di sekitar kawasan Tasik Chini.

Advertisement

Baginda juga meneliti laporan dipersembahkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Wan Roasdy Wan Ismail berhubung aktiviti perlombongan di kawasan terbabit serta tindakan pemulihan dan pemeliharaan yang dijalankan oleh kerajaan negeri.

“Baginda bersetuju dengan langkah kerajaan negeri yang tidak lagi mengeluarkan sebarang kelulusan baharu sejak 2019. Baginda selanjutnya menitahkan kerajaan negeri bersama-sama Kerajaan Persekutuan dalam bidang kuasa masing-masing dapat mengambil beberapa langkah”.

“Tasik Chini merupakan permata alam sekitar di bumi negeri Pahang Darul Makmur dan merupakan Tanah Rizab Bisfera Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang pertama di negara ini”.

“Justeru pengiktirafan bertaraf dunia itu hendaklah dipertahankan”.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media hari ini. Tambahnya, baginda turut mengambil berat dan akan sentiasa membuat pantauan untuk memastikan alam sekitar di Pahang sentiasa terjaga.

Sementara itu, baginda menyeru semua pihak untuk mengamalkan prinsip alam sekitar, sosial dan urus takbir yang baik supaya khazanah alam hari ini akan terus kekal dan dapat dinikmati oleh generasi akan datang.

“Oleh itu, kawasan bekas lombong dipulihkan semua dengan penanaman pokok hutan yang bersesuaian”.

“Selain itu meluaskan lagi kawasan Hutan Simpan Chini yang sedia ada seluas 4,600 hektar kepada kira-kira 6,000 hingga 7,000 hektar bagi menjaga kepentingan flora dan fauna di kawasan Tasik Chini dan sekitarnya”.

Beliau berkata, Tasik Chini yang diberi status tapak rizab biosfera Unesco dapat diberi keutamaan dari sudut peruntukan kewangan dan pembangunan yang lestari oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Kementerian Alam Sekitar dan Air.

perlombongan di Tasik Chini.

“Justeru, baginda bertitah adalah menjadi peranan semua pihak tanpa mengira latar belakang sama ada kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO), termasuk penduduk setempat untuk sama-sama menjaga kawasan Tasik Chini agar keindahan flora dan fauna serta penempatan masyarakat Orang Asli yang terdapat di kawasan tersebut akan terus terpelihara”.

Baginda berharap aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan Tasik Chini yang sedang dilaksanakan dipergiatkan oleh kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...