July 14th, 2020

Menzahirkan kesediaannya untuk bertemu dengan mana-mana pendakwah yang berniat untuk membimbingnya, usahawan kosmetik sensasi, Safiey Illias menyatakan dirinya lebih selesa dengan pendekatan bersua muka berbanding teguran yang dibuat menerusi surat terbuka di media sosial.

safiey illias

Menurutnya, jangan sekadar menyalak di media sosial semata-mata demi mendapat perhatian netizen dan pengikut yang ramai.

“Mak ayah saya pun bersedia. Menunggu juga ni ada tak yang sudi hadir datang dakwah. Tak kan apa-apa cuma surat terbuka untuk Safiey Illias. Awak ingat aku ratu surat terbuka?”

Ujar Safiey, andaai benar mahu menyampaikan dakwah kepadanya, moleklah dengan cara yang lebih ikhlas dan jujur, namun bukanlah berselindung di balik agenda tersembunyi.

View this post on Instagram

Saya bersedia berjumpa dgn mana-mana PU ke RATU PU ke RATU MOTIVASI ke , RATU SYURGA ke . Jangan pumpang2 di media sosial je demi mendapat exposure dan like and followers . . . Mak ayah saya pun bersedia . Menunggu jugak ni ada tak yang sudi hadir datang dakwah . Tak kan ape2 cuma surat terbuka untuk Safiey Illias . Awk igt AKU RATU SURAT TERBUKA ?? . . Saya bukan nk marah jauh sekali menafikan setiap bait2 nasihat yg diberikan . Namun apalah salahnya jika datang berjumpa dan ikram saya . . . Sila jadi RATU IKRAM . Dan proses nye janganlah sekali datang je ikram . Kalau betul nk bantu datang lah ikram sampai berjaya . Tunjukkan kehebatan hikmah dalam berdakwah itu . . . No telefon pun ada dkt BIO saya , x ada istilah tak dapat nak whatsapp dan so on . . . Hujung2 JUAL BUKU dan PROMOTE PROGRAM MOTIVASI . Saya berani cakap sebab dh bosan dengan teknik marketing tp guna keagamaan . . . Jangan lah jadi ustaz/PU yang SEJENIS KEJADIAN ALAM . Jadilah yg lebih telus , ikhlas dan profesional mcm ustaz @ebitlew . . . Awk ingat saya tak pergi jumpa Doktor Psikiatrik ? Tak pergi jumpa Pakar kaunseling ?? . . Saya rasa nak buat laporan polis dan saman atas AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998 , Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan. YOUTUBER2 yang mengaibkan saya dan keluarga pun saya akan buat report ya . . . Saya masih menunggu whatsapp daripada PU2 KEJADIAN ALAM itu . Terima kasih . . . #Sofeaestetik #syintagila #tvsyintagila #ratusemestaalam #glasskinz #takkosongyee #awastakkosong #isabellamaradonna

A post shared by RATU SEMESTA ALAM (@safieyillias94) on

“Saya bukan nak marah jauh sekali menafikan setiap bait-bait nasihat yang diberikan. Namun, apalah salahnya jika datang berjumpa dan ikram saya.”

Tambahnya lagi, sesiapa sahaja boleh menghubunginya memandangkan maklumat dirinya terpapar elok di media sosial.

safiey illias

“Nombor telefon pun ada dekat profil bio saya, tak ada istilah tak dapat nak WhatsApp dan sebagainya. Janganlah jadi ustaz atau PU yang sejenis kejadian alam. Jadilah yang lebih telus, ikhlas dan profesional macam Ustaz Ebit Lew.”

Meskipun tidak menyebut nama mana-mana pihak, namun mesej tersebut dipercayai ditujukan buat PU Syed. Hal ini kerana, PU Syed sebelum ini tampil menegur tindakan Safiey yang cuba menjadi wanita selepas kembali ke fitrah asal.

 


5 responses to ““Jadilah Seperti Ebit Lew” – Safiey Illias Bersedia Jumpa Mana-Mana Pendakwah”

  1. Anonymous says:

    Dia nak main undang-undang pulak. Boleh la baca seksyen 28 akta 559 ye, antara salah satunya.

  2. cLn says:

    Ustaz Ebit tu bkn skali jumpe ko…dh berkali2..klu ko btol2 nk berubah, ko boleh je join team dia..ikut dia berdakwah..dlm masa yg sama, dakwah tu akan smpi kt ko..ko jgn harap ustaz2 semua nk berkepit dgn ko je..diorg takde keje lain ke? Pigi daaa..ko mmg nk cari glamer..ko la penunggang agama..kembali fitrah nk bg bisnes letop..biler bisnes dh meletop2, ko guna duit tu buat tetek tinggi smpi ke dagu..pastu pandai plak nk guna perkataan ala2 tabligh konon..ikram..ikram..ko gi join Iqram Dinzly sana..

  3. nana says:

    ceh penakut ttp komen. Ustaz samsul ni aku respect sbb dia tak suka menghina orang. tp bapuk2 ni tahu tukar fitrah ALLAH BERDOSA tapi suka sgt lebihkan nafsu. hidayah ni tak payah la tggu ustaz2 dtg, gosok belakang, cakap pelan2, suruh berubah. ALLAH dah bagi akal, tangan, kaki, mata, telinga dan mulit..USAHA LA UNTUK BERUBAH. kau nk buat tetek pandai plk cari doktor, tak plk doktor sibuk2 dtg cari kau. sedih sgt manusia yg letak NAFSU #1 pastu salahkan agama. harap sgt org yg permainkan agama ni kembali taubat dan insaf.

  4. Anonymous says:

    Semua nak Ustaz Ebit Lew tarbiah baru nak ‘berubah’. Tu pon blom tentu berubah. Ingat dia x letih ke? Mufti2, pejabat agama terdekat ada gi aa mintak ditarbiah ngn diorang.
    “Nak mcm Ustaz Ebit Lew”, alasan typical kini. Tau la dia baik, tapi jgn nak menyusahkan sangat. Kesian Ustaz ebit

  5. nurul says:

    hmm… aku doakan safiey alias ni semoga allah tunjukkan jalan & beri hidayah, supaya hatinya & hati kedua ibu bapanya lebih tenang, & istiqomah sehingga ke akhir hayat.. semoga allah terima doa & taubat kita semua.. amin..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...