Menzahirkan kesediaannya untuk bertemu dengan mana-mana pendakwah yang berniat untuk membimbingnya, usahawan kosmetik sensasi, Safiey Illias menyatakan dirinya lebih selesa dengan pendekatan bersua muka berbanding teguran yang dibuat menerusi surat terbuka di media sosial.
Menurutnya, jangan sekadar menyalak di media sosial semata-mata demi mendapat perhatian netizen dan pengikut yang ramai.
“Mak ayah saya pun bersedia. Menunggu juga ni ada tak yang sudi hadir datang dakwah. Tak kan apa-apa cuma surat terbuka untuk Safiey Illias. Awak ingat aku ratu surat terbuka?”
Ujar Safiey, andaai benar mahu menyampaikan dakwah kepadanya, moleklah dengan cara yang lebih ikhlas dan jujur, namun bukanlah berselindung di balik agenda tersembunyi.
https://www.instagram.com/p/CCkI-hmn4gF/
“Saya bukan nak marah jauh sekali menafikan setiap bait-bait nasihat yang diberikan. Namun, apalah salahnya jika datang berjumpa dan ikram saya.”
Tambahnya lagi, sesiapa sahaja boleh menghubunginya memandangkan maklumat dirinya terpapar elok di media sosial.
“Nombor telefon pun ada dekat profil bio saya, tak ada istilah tak dapat nak WhatsApp dan sebagainya. Janganlah jadi ustaz atau PU yang sejenis kejadian alam. Jadilah yang lebih telus, ikhlas dan profesional macam Ustaz Ebit Lew.”
Meskipun tidak menyebut nama mana-mana pihak, namun mesej tersebut dipercayai ditujukan buat PU Syed. Hal ini kerana, PU Syed sebelum ini tampil menegur tindakan Safiey yang cuba menjadi wanita selepas kembali ke fitrah asal.