Baru-baru ini, nama Neelofa dan Fazura menjadi bualan selepas isu ‘perang dingin’ antara mereka kembali dibangkitkan semula.
Hantaran terbaru Fazura di Instagram meraih prhatian selepas dia berkongsi tentang perasaan ikhlas dan jujur dalam sesebuah persahabatan.
Menerusi hantaran itu, aktres berusia 40 tahun itu berkata sahabat yang mempunyai niat tidak baik pasti akan terbongkar semuanya suatu hari nanti.
Jadilah sahabat yang jujur dan ikhlas di depan dan di belakang. Kerana apa sahaja permainan berniat tidak baik, pasti akan terungkai pada sahabat yang sentiasa ikhlas padamu.
Aktres jelita itu turut memberi kata-kata nasihat agar pengikutnya di Instagram untuk elak daripada rasa cemburu kerana ia boleh memecah belahkan sesebuah persahabatan.
View this post on Instagram
Menjengah ruangan komen, ramai pengikutnya di platform itu bersetuju dengan apa yang dikatakan Fazura atau mesra dengan panggilan Faz.
Ada yang berkongsi pengalaman mereka sebelum ini bersahabat dengan individu yang mempunyai tingkah laku yang tidak baik dan menganiaya kawan sendiri.
Segelintir individu akui suka membaca perkongsiannya di laman sosial tersebut kerana sentiasa berfikiran positif dan menyebarkan kebaikan.