“Jadilah Pengguna Media Sosial Yang Bijak,” Neelofa Tegur Akaun Palsu Mirip Dirinya, Jauhi Salah Faham

Hiburan

“Jadilah Pengguna Media Sosial Yang Bijak,” Neelofa Tegur Akaun Palsu Mirip Dirinya, Jauhi Salah Faham

Pengacara serta pelakon, Neelofa, telah meluahkan rasa kesal apabila terdapat individu yang menggunakan nama dan foto miliknya di laman twitter. Bukan itu sahaja, pengguna twitter berkenaan turut mengeluarkan kenyataan yang kurang sesuai.

Advertisement

Bagi Neelofa, tindakan itu adalah merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab dan boleh menimbulkan salah faham.

Bekas Pengacara Meletop ini telah mengambil langkah untuk menegur para pengguna media sosial supaya lebih bijak dalam menggunakan aplikasi seperti twitter terutamanya.

Adalah tidak beretika jika kita menggunakan nama serta gambar individu lain dan mengeluarkan pernyataan yang boleh menimbulkan perasaan kurang senang segelintir pihak.

Ini berikutan kes ada individu yang telah menggunakan imej profil serta menukar nama seperti milik Neelofa di media sosial dan kemudiannya menulis kata-kata kesat serta memetik beberapa nama individu.

Segelintir netizen yang mengikuti ciapan Neelofa itu menyarankan supaya dia mengambil tindakan undang-undang terhadap individu terbabit. Namun baginya, masih belum terfikir untuk bertindak sehingga ke tahap itu, cukup sekadar mengingatkan.

Sumber: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...