“Jadilah Lelaki Yang Baik, Kerana Hari Ini Dunia Memerlukan Lelaki Yang Baik’

Trending

“Jadilah Lelaki Yang Baik, Kerana Hari Ini Dunia Memerlukan Lelaki Yang Baik’

Dalam perjalanan Show Raya bersama Dato’ Seri Najib, ada kemalangan telah berlaku di depan saya. Lori laju menghimpit lorong kiri secara tiba-tiba, dan menyebabkan sebuah kancil yang di pandu seorang wanita terbabas dan melanggar pembahagi jalan. Lori terus melarikan diri dan dikejar beberapa buah motor. Saya terus ke tepi untuk menolong wanita tersebut.

Untitled-1Tayar belakang pecah, bahagian kiri kereta agak remuk tapi enjin masih hidup. Saya lihat ada bayi di belakang, anak yang duduk di hadapan luka sedikit dan pemandu wanita tiada apa-apa.

Advertisement


Saya dah lewat! Gelisah melihat jam, takut tak sempat sampai Putrajaya. Tapi saya tak mampu lihat dia bersama anak-anaknya. Saya tak cakap apa-apa, hanya membantu menenangkan wanita tersebut. Dia tiba-tiba meraung dan menjerit. Yang lain tidak membantu kerana mungkin masing-masing sibuk mengejar masa ke tempat kerja. Saya pening!

Perlahan-lahan saya tenangkan dia. Saya cakap bersabar kak. InsyaAllah saya ada, akan bantu apa-apa. Saya tak dapat buat apa-apa, melainkan menenangkan dia yang dah terduduk di tepi kereta. Ingat Allah, Allah…Allah sayang kita kak..itu sahaja. Saya juga nak menangis dah sekali! Saya tahan mana-mana kereta semua tak berhenti.

Akhirnya, saya terpaksa masuk dalam kereta tenangkan anaknya yang menangis dan bayi yang dah mula merengek. Saya duduk depan dia, saya cakap

‘ Kalau sayang anak-anak ni, kuatlah kak. Akak kena kuat. Allah ada, saya ada. Berhentilah menangis, saya tak tau nak buat apa ni’.

***

Panjang lagi kalau nak cerita. Setelah keadaan berjaya ditenangkan, tayar saya dah tukarkan, buatkan susu untuk anaknya ( mujur sebelum keluar saya ada beli susu untuk alas perut, saya masukkan susu kotak dalam botol anaknya), saya pastikan dia ok dan boleh teruskan perjalanan, barulah saya bertanya.

‘ Akak nak ke mana? ‘

Dia menangis lagi.

‘ Takpe-takpe kak. Akak jalan dulu’

Tiba-tiba dia berkata

‘Doakan saya. Nak ke jabatan agama ni. Suami nak ceraikan hari ni .’

Saya terdiam, perlahan-lahan kereta itu berlalu.

Jadilah lelaki yang baik, kerana hari ini dunia memerlukan lelaki yang baik.

Sumber: Abu Hurairah Asifa

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...