Tular di media sosial sejak semalam mengenai pelakon Datuk Aaron Aziz yang dikatakan akan berlakon bersama aktor antarabangsa, Chris Hemsworth dalam filem Extraction 2.
Pihak pengurusan Netflix Malaysia walau bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan memaklumkan bahawa Aaron hanya hadir ke tayangan perdana itu sebagai tetamu jemputan.
View this post on Instagram
Aaron dan juga pelakon Iedil Dzhuhrie Alaudin juga tidak terlibat dalam sebarang babak lakonan untuk filem antarabangsa tersebut.
Aaron Aziz dan Iedil tidak terlibat dalam filem Extraction 2. Kedatangan mereka ke sana adalah berdasarkan undangan bagi mewakili Malaysia ke tayangan perdana.
Terdahulu, Aaron ada memuat naik beberapa video dan foto di media sosialnya yang menceritakan keterujaan kerana dapat berjumpa dengan bintang aksi terkenal Chris Hemsworth dan juga Sam Hagrave di Manila.
@therealaaronaziz Alhamdulillah ini lah surprise yg Abg katakan. ALLAH knows best.@NetflixMY @NetflixFilm : #TylerRakeLives #Extraction2PH Fight scenes GEMPAK gila!! 100 times better than Fast X. @chrishemsworth @samhargrave (Director) @iedilputra #f #fyp #fy #fyp? #aaron #aaronaziz #fyp??viral
Netizen terutamanya peminat Aaron Aziz kemudiannya tampil mengucapkan tahniah kepada aktor itu setelah dia disangka terlibat untuk berlakon bersama bintang-bintang antarabangsa.
Filem Extraction 2 adalah sekuel kepada filem pertama Extraction yang terbit pada tahun 2020 dan ia akan mula ditayangkan di Netflix bermula 16 Jun ini.