“Jadikan Sebagai Pengajaran..” – Didie Alias Lega Akaun Instagram Dapat Diakses Semula

Hiburan

“Jadikan Sebagai Pengajaran..” – Didie Alias Lega Akaun Instagram Dapat Diakses Semula

Didie Alias lega apabila akaun Instagram nya dapat dimiliki semula setelah digodam oleh individu yang tidak dikenali pada Sabtu yang lalu.

Didie Alias
3 years ago

Hilang 500,000 Pengikut, Instagram Didie Alias Digodam Pihak Tidak Bertanggungjawab

Advertisement

Pelakon dan pengacara yang mempunyai lebih dari 500,000 pengikut di Instagram itu berkata, dia telah pun diugut oleh pengodam dari Turki itu untuk membayar sebanyak AS$1,000 (RM 4,102) kepada pengodam tersebut.

Tetapi Didie tidak membuat sebarang pembayaran kepada pengodam tersebut sebaliknya dia telah pun meminta bantuan kepada kawan yang arif tentang hal teknologi maklumat.

screenshot ig didie alias

Instagram Didie Alias ketika digodam pada Sabtu yang lalu.

Ketika di temubual bersama Harian Metro, Didie Alias berkata dia mula digodam selepas menekan satu pautan yang diterima olehnya di peti mesej Instagram.

Saya dapat mesej itu daripada pelakon Syanie di Instagram dan dia menghantar satu pautan. Saya pun fikir itu orang yang saya kenal, klik pautan itu. Rupa-rupanya, akaun Syanie terlebih dulu sudah digodam dan penggodam itu menggunakan akaunnya untuk menghantar pautan itu kepada semua rakan Syanie.

Bila Instagram saya sudah digodam, dia menggunakan modus operandi sama dengan menghantar mesej mengandungi pautan kepada rakan-rakan selebriti yang ada ‘blue tick’.

Didie juga ungkap rasa syukur kerana rakan-rakan selebriti sedar dan menghubungi dirinya dan mengesahkan dia menghantar satu pautan kepada mereka antaranya Datuk Aznil Nawawi, Zizan Razak dan ramai lagi.

Didie turut berkata dia akan jadikan perkara ini sebagai pengajaran buat dirinya dan berharap agar pengikutnya tidak mudah terpedaya dengan helah individu yang jahat.

Saya jadikan ini pengajaran dan kepada semua, jangan mudah percaya kalau terima mesej pautan. Periksa dan selidik dulu sama ada ia benar-benar dari pemilik akaun atau bukan.

Katanya ketika ditemubual bersama Harian Metro.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...