Jadikan Mira Filzah Sebagai Teman Sepanjang Aidilfitri Ini

Hiburan

Jadikan Mira Filzah Sebagai Teman Sepanjang Aidilfitri Ini

Nama Mira Filzah sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Kejelitaan dan keayuannya telah menambat dan meruntun hati jutaan rakyat Malaysia. Yang lelaki, rata-rata jatuh cinta kepada selebriti ini. Manakala yang wanita pula, ramai menjadikan Mira sebagai idola terutama dalam berfesyen dan tampil bergaya .

mira filzah christy ng

Advertisement

Bersempena Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, anda boleh menjadikan Mira Filzah sebagai peneman di sisi . Ini kerana, Mira telah bergabung dengan Christy Ng untuk menghasilkan koleksi Mira Filzah X Christy Ng yang menampilkan rekaan beg tangan dan kasut yang cukup elegan, simple dan memukau.

Beg Tangan Sofea

mira filzah christy ng

Diinspirasikan oleh salah satu karekter lakonan Mira Filzah iaitu Adella Sofea, beg tangan ini direka penuh sofistikated teapi tetap bersulamkan kelembutan. Diperbuat daripada kulit supple vegan, ia boleh digunakan untuk aktiviti seharian dan akan menyerlahkan keeleganan si pemakaianya.

mira filzah christy ng

Beg tangan ini juga hadir dengan pemegang kad serta tag nama monogram yang amat unik. Untuk makluman, pemegang kad itu berharga RM79 dan boleh diasingkan daripada beg tangan Sofea dan digunakan secara berasingan.

Koleksi beg tangan Sofea ini hadir dalam 2 saiz dan 8 warna iaitu Burgundy, Claybrown, Desert Brown, Emerald Green, Mocha, Mauve, Sandy Beige and Navy. Semuanya cantik-cantik belaka dan pastinya membuatkan anda menjadi tumpuan ramai ketika menghadiri open house hari Raya Aidilfitri kelak.

Kasut Naira

Dinamakan atas watak di dalam drama Lelaki Kiriman Tuhan yang telah mempopularkan Mira, kasut Naira ini diperbuat daripada “soft vegan leather” dan dijahit dengan microfiber untuk keselesaan maksimuma mempunyai tumit setinggi 0.25 inci yang akan menyerlahkan lagi kejelitaan anda tanpa menjejaskan keselesaan kaki dan pergerakan anda.

mira filzah christy ng

Koleksi kasut ini hadir dalam 7 saiz (EU36-EU41) dan 9 warna iaitu : Burgundy, Claybrown, Desert Brown, Emerald Green, Mocha, Mauve, Sandy Beige, Navy and Puce. Kalau rasa-rasa nak si dia jatuh cinta dengan anda di pagi raya kelak, silalah pergi beraya dengan ditemani kasut Naira ini. Confirm kehadiran anda akan disedari oleh si dia.

mira filzah christy ng

Jadi tunggu apa lagi? Pastikan Aidilfitri anda ditemani oleh Mira Filzah untuk anda tampil lebih yakin, jelita dan bergaya. Sambar terus beg tangan dan kasut dari ksi terkini Mira Filzah X Christy Ng ini. Selamat bergaya dan selamat tampil jelita.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...