Jadikan Belajar Sebagai Hobi, Pemuda Ini Berjaya Dapatkan 32 Ijazah Dalam Masa 21 Tahun Di Universiti

Kehidupan

Jadikan Belajar Sebagai Hobi, Pemuda Ini Berjaya Dapatkan 32 Ijazah Dalam Masa 21 Tahun Di Universiti

Macam tak percaya apabila Welin Kusuma, 39, yang berasal dari Makassar Indonesia ini menjadikan belajar sebagai hobi tetapnya. Pemuda ini walau bagaimanapun telah berjaya memperoleh 32 ijazah dalam bidang akademik dan bukan akademik dalam tempoh 21 tahun. Difahamkan juga, pemuda ini akan meneruskan usaha untuk memperoleh lebih banyak ijazah dalam masa akan datang.

Pada usia 18 tahun, pemuda ini sudah memulakan perjalanan pelajarannya pada tahun 1999 di Universiti Surabaya dalam bidang Kejuruteraan Industri. Universiti tersebut adalah antara universiti terbesar di Indonesia.

Advertisement

Pada tahun 2017, pemuda ini telah ditemu bual oleh beberapa media tempatan dan menyatakan bahawa pendidikan merupakan perkara yang tidak sia-sia. Itu merupakan prinsip yang dipegang olehnya sejak dulu lagi.

Sebagai rekod, pemuda ini memiliki 11 ijazah Sarjana Muda, 3 ijazah Sarjana dan 18 sijil profesional.

Welin Kusuma

Menurutnya lagi, universiti merupakan tempat kegemaran dan menjadikan belajar sebagai satu-satunya hobi yang dimiliki. Dengan menuntut ilmu di universiti, pastinya terdapat pengalaman yang sangat berguna. 32 ijazah yang diterimanya turut mengandungi beberapa sijil profesional dalam pelbagai bidang.

Dalam satu temu bual khas bersama CNN, pemuda ini menyatakan bahawa beliau mempunyai empat kelas. Kelas pertama berlangsung pada waktu pagi, manakala kelas kedua akan berlangsung pada sebelah malam. Dua kelas selebihnya akan dilakukan secara dalam talian dan juga pada hujung minggu.

Di usia 31 tahun, pemuda ini sudah mempunyai 18 sijil pada tahun 2012. Justeru, beliau telah memecahkan rekod untuk gelaran akademik yang paling banyak.

Welin Kusuma

Kusuma mencipta rekod tersendiri sebagai pelajar yang mempunyai jam kredit terbanyak dalam satu semester iaitu sebanyak 111 jam kredit.

Pelajar biasa selalunya memerlukan empat atau lima semester untuk menghabiskan kesemua jumlah jam kredit tersebut. Dalam perjalanan karier kerja pula, pemuda ini memulakan tugasnya sebagai seorang pembantu pemasaran pada 2005.

Sejak itu, beliau terus berkembang menjadi seorang penganalisa bagi sebuah syarikat terbesar di Indonesia. Beliau juga dilaporkan mempunyai syarikat sendiri yang memberi perkhidmatan sebagai perunding.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...