Jadi Wajah Utama Guardian, Jom Sertai The Face of Healthy Beauty! Hadiah Utama Bernilai RM10,000!

Branded

Jadi Wajah Utama Guardian, Jom Sertai The Face of Healthy Beauty! Hadiah Utama Bernilai RM10,000!

Siapa dekat sini suka sangat tangkap banyak gambar OOTD dan swafoto, atau buat kandungan untuk dimuat naik ke dalam media sosial? Pernah tak anda berharap agar menjadi muka depan atau duta produk terkenal?

Kalau pernah, inilah masa yang tepat untuk anda serlahkan segala bakat serta  kecantikan luaran dan dalaman anda sebab kami nak kongsi satu berita best yang anda tak patut lepaskan! 

Bukan Pertandingan Kecantikan, The Face of Healthy Beauty Guardian Ingin Merai Kecantikan Yang Sihat!

Guardian Face of Healthy BeautySumber : ABDUL RAZAK LATIF  

Selepas 3 tahun, akhirnya Guardian kembali lagi dengan pencarian The Face of Healthy Beauty (TFHB) yang mana mereka mencari individu-individu yang melambangkan visi kecantikan sihat mereka. Mesti anda terfikir, alah diorang mesti nak cari yang cantik dan lawa je~ 

Anda tak perlu risau sebab pencarian ini BUKAN pertandingan kecantikan, sebaliknya untuk mencari wanita-wanita yang dapat memberikan inspirasi kepada masyarakat diluar sana, selari dengan visi mereka! Dah ada peluang ni, anda wajib cuba tau!

Untuk pengetahuan, kempen ini diadakan bertujuan untuk meraikan kecantikan yang sihat serta memberi galakkan kepada orang ramai untuk menerima keunikan diri secara luar dan dalam. 

Guardian Face of Healthy BeautySumber : ABDUL RAZAK LATIF  

Bukan itu saja, kriteria Healthy Beauty yang mereka terapkan dalam pencarian ini adalah positif, dinamik, bersemangat, ceria, penyayang, dan berkeyakinan diri hasil daripada perasaan yang baik secara holistik. 

TFHB ini adalah satu usaha seluruh negara untuk mencari empat (4) individu yang paling sesuai untuk dinobatkan sebagai ‘The Face of Healthy Beauty’ serta menjadi duta kecantikan dan kesihatan Guardian. 

Psst, hadiah yang mereka tawarkan untuk pemenang pun sangat lumayan tau! Antaranya:

– Kontrak satu (1) tahun dengan Guardian Malaysia

– Wang tunai berjumlah RM10,000 dan baucer bernilai RM10,000

– Penampilan dalam material-material Pengiklanan Guardian

– Produk daripada penganjur yang mengambil bahagian dalam kempen

– Produk penjagaan Mandian Guardian bernilai RM5,000 untuk disumbangkan kepada badan kebajikan pilihan pemenang

Wow, menariknya hadiah-hadiah yang mereka tawarkan! Peraduan ini terbuka untuk semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas tau. Jadi, jangan lupa kongsikan berita ini kepada kawan-kawan dan keluarga anda sekarang juga! 

Apa yang anda perlu buat untuk sertai pencarian TFHB ini adalah hanya perlu muat naik video berdurasi 30 saat (atau melalui satu penulisan ringkas) menrangkan ‘Mengapa anda ingin menjadi The Face of Healthy Beauty’, dan sertakan satu gambar berukuran penuh dan satu gambar passport. 

120 peserta yang disenarai pendek akan dipilih untuk menghadiri peringkat separuh akhir yang akan berlangsung di 4 lokasi:

– Plaza Gurney, Pulau Pinang (26-27 Ogos 2023)

– Pusat Membeli-Belah MyTOWN, Kuala Lumpur (2-3 September 2023)

– Paradigm Mall, Johor Bahru (9-10 September 2023)

– Vivacity Mall, Kuching Sarawak (16-17 September 2023)

Lima (5) peserta terpilih daripada separuh akhir dari setiap wilayah akan berentap di Pusingan Akhir yang akan diadakan di Pusat Membeli-Belah Sunway Pyramid, Petaling Jaya pada 21 Oktober 2023. 

Paling penting, mulai 18 September sehingga 8 Oktober 2023, pelanggan Guardian juga boleh mengundi di laman mikro untuk memilih pemenang pilihan mereka pada pusingan Akhir dan undian yang diterima akan menyumbang 40% daripada jumlah markah peringkat Akhir.

Jadi, kalau anda tersenarai untuk peringkat Akhir, pastikan anda sebarkan berita ini kepada semua kenalan untuk bantu anda mendapatkan undian tau!

Serlahkan Keyakinan & Kecantikan Yang Sihat Dengan Guardian!

Guardian Face of Healthy BeautySumber : ABDUL RAZAK LATIF  

Jadi, anda tunggu apa lagi. Kami dah kongsi berita paling best untuk anda ni! Jangan teragak-agak dan sertai pencarian The Face of Healthy Beauty Guardian sekarang juga! 

Anda boleh hantar penyertaan secara dalam talian mulai 26 Jun 2023 sehingga 6 Ogos 2023 di https://theface.guardian.com.my/ atau klik pada kod QR di semua platform media sosial Guardian dan di stor Guardian. 

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Guardian atau ikuti media sosial di Facebook, Twitter dan Instagram

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...