Lagu Nur Nilam Sari nyanyian penyanyi terkenal, Awie menjadi trending di TikTok kerana lawak yang dimulakan untuk ‘pinjam duit’.
Bukan hanya warganet, penyanyi rock itu sendiri turut tidak melepaskan peluang untuk mengikuti trend ‘Pinjam 100 Nur Nilam Sari’ itu.
Maksud yang mendalam
Namun sebenarnya ramai yang tidak tahu terutamanya anak-anak muda, tentang kisah sedih di sebalik penciptaan lagu itu yang ditulis oleh Allahyarham Loloq.
Menerusi Twitter, seorang individu berkongsi tentang ilham dan latar belakang lagu Nur Nilam Sari dicipta oleh M Nasir itu dan ternyata ia mempunyai satu makna yang sangat mendalam buat penyanyi tersebut.
Bagi yang tidak tahu, Nur Nilam Sari itu merupakan nama anak perempuan M Nasir bersama arwah isterinya yang merupakan anggota kumpulan Ideal Sisters, Junainah Johari atau Nana.
Lagu kesyukuran bertukar lagu tribute
Lagu itu pada asalnya dicipta sebagai tanda bersyukur seorang ayah di atas kelahiran anak perempuannya selepas penantian yang lama.
Namun, ia bertukar menjadi lagu tribute M Nasir terhadap arwah Nana selepas isterinya disahkan meninggal dunia ketika Nur Nilam Sari berusia dua bulan setengah.
Pinjam sinarmu Nurnilam Sari, buatku merempuhi malam…. Bait lagu yang sangat menusuk kerana ia memberi makna dia sedang mengharungi saat yang sukar kerana kehilangan.
Ni pulak version yang didendangkan oleh pencipta lagu sendiri tak lain tak bukan, seniman M Nasir.
This version was included in the Srikandi Cintaku album.
Ia dikeluarkan pada 1999, setahun selepas pemergian arwah isterinya.
Looking back, the whole album was a tribute album to… pic.twitter.com/iln04nZNS9
— Dibs (@adibhazlami) September 30, 2023
M Nasir dan Junainah mendirikan rumah tangga pada 1986 dan hasil 12 tahun perkahwinan pasangan itu dikurniakan lima orang cahaya mata.
Junainah menghembuskan nafas terakhir ketika berusia 36 tahun di Hospital Kuala Lumpur kira-kira jam 3 petang pada 8 Ogos 1998 akibat penyakit lelah.