Jadi Sensasi Internet: Pembancuh Teh Pakistan Bermata Biru Kini Ceburi Bidang Peragaan

Trending

Jadi Sensasi Internet: Pembancuh Teh Pakistan Bermata Biru Kini Ceburi Bidang Peragaan

Arshad Khan, seorang pembancuh dan penjual teh di Islamabad, Pakistan, menjadi sensasi Internet setelah gambarnya dimuat naik ke media sosial.


 photo arshadN copy.jpg

Foto lelaki berusia 18 tahun itu, yang sering digelar penjual teh paling hot di Twitter, diambil oleh Jiah Ali, dan telah dikongsi lebih 25,000 kali.

Advertisement



Menggunakan hashtag #ChaiWala atau ‘penjual teh’, Arshad menjadi trending di Twitter dan ramai mengatakan matanya yang ‘tajam menikam’ itu mempesonakan.

Satu laman beli-belah online dengan segera menawarkan kontrak sebagai model kepada Arshad. Arshad memberitahu Reuters:

Saya baru tahu pagi ini yang saya dianggap kacak oleh orang ramai. Mereka datang ambil gambar dan video saya.

Arshad telah bekerja di pasar Ahad kejiranannya bertahun lamanya, menjual teh, buah dan sayur. Dan dia memberitahu yang dia merasakan populariti sekelip mata yang diraihnya sesuatu yang mengejutkan.

Hari ini saya rasa gembira, tetapi saya tak tahu bagaimana semua ini bermula. Jadi saya agak bimbang sebab saya tak faham. Semuanya mengejutkan.

Arshad berasal dari etnik Pashtun, sama seperti kebanyakan bintang Bollywood. Dia memberitahu akan menceburi lakonan sekiranya dia boleh berlakon dalam produksi yang dipanggilnya “bersih dan terhormat”.

Laman beli-belah pakaian yang bertapak di Islamabad Fitin.pk telah mendapatkan kontrak peragaannya yang pertama. Dia kini menggayakan T-shirt untuk laman itu.

Arshad berharap dapat menggunakan pendapatan dari populariti sekelip matanya itu untuk membantu keluarganya.

Saya perlukan wang untuk membantu keluarga. Saya juga ingin membuat kerja kebajikan di seluruh Pakistan.

Arshad yang masih remaja itu tidak memiliki telefon bimbit dan tidak tahu membaca dan menulis: tetapi dia mengimpikan untuk memberi pendidikan kepada orang lain.

Saya bukan orang berpendidikan dan tak boleh kata saya akan jadi doktor atau hakim. Saya cuma ingin membantu kanak-kanak mendapatkan pendidikan. Sekiranya saya dapat cukup wang, saya akan bina sekolah untuk mereka.

amazingnara.com


 photo 1.jpg
 photo 5.jpg
 photo 6.jpg
 photo 9.jpg
 photo 8.jpg
 photo 3.jpg
 photo 10.jpg
 photo 11.jpg
 photo 7.jpg
 photo 4.jpg
Sumber: Global News

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...