Jadi Sasaran Boikot, Lebih 100 Cawangan Starbucks Di Malaysia Tutup Operasi?

Berita

Jadi Sasaran Boikot, Lebih 100 Cawangan Starbucks Di Malaysia Tutup Operasi?

Melalui laporan MalaysiaNow, lebih dari 100 cawangan jenama Starbucks di Malaysia telah tutup operasi, sama ada secara kekal atau sementara.

Keputusan tersebut dibuat susulan rantaian fastfood dikenali ramai iaitu KFC turut hadapi hal yang sama kerana jenama Amerika kekal menjadi sasaran boikot global yang memprotes sokongan AS terhadap Israel dalam konflik yang berlaku di Palestin.

Advertisement

starbucks

Penutupan ini dibuat selepas syarikat yang mengendali Starbucks Malaysia iaitu Berjaya Group melaporkan mereka hadapi kerugian sebanyak RM91.5 juta tahun ini.

Bahkan, pendapatan Starbucks turut jatuh mendadak sebanyak 35%, daripada RM1.1 bilion kepada RM730,3 juta, sekali gus menimbulkan pertanyaan tentang keberlangsungan jenama ini pasaran tempatan.

starbucks

Penutupan sementara bermaksud syarikat hanya membayar sewa premis tetapi tidak beroperasi sehingga jualan kembali meningkat.

Difahamkan dari laporan, sekurang-kurang sebanyak 60 cawangan Starbucks di seluruh Malaysia ditandakan sebagai ‘tutup’ atau ‘tutup sementara’.

starbucks
2 months ago

Starbucks Makin Tak Laku, Penurunan Trafik Pelanggan Yang Ketara & Jualan Global Merosot

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : MalaysiaNow

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...