Jadi Punca Kematian Penunggang ‘Ducati’, Lelaki Lawan Arus Rupanya OKU Mental?

Berita

Jadi Punca Kematian Penunggang ‘Ducati’, Lelaki Lawan Arus Rupanya OKU Mental?

Sebelum ini, seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Ducati dikenali sebagai Ahmad Fadzil maut selepas tercampak dari flyover di susur Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (SUKE) menghala Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Menerusi rakaman CCTV yang tular, mangsa dilihat cuba mengelak dari penunggang motosikal yang melawan arus namun terbabas dan tercampak ke bawah jambatan.

Advertisement

Terkini, pelaku yang dikenali sebagai Mudzyadaha Mohammad mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Memetik laporan Harian Metro, Majistret Amalina Basirah Md Top telah memerintah pelaku untuk menjalani ujian psikiatri di Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak.

Bagaimanapun, Peguam Yayasan Bahagian Guaman Kebangsaan (YBGK) Izleen Ismail memohon jaminan rendah kerana tertuduh disahkan OKU mental menerusi surat rujukan yang dikeluarkan oleh seorang doktor di Hospital Kajang.

Difahamkan, pelaku tidak dapat berfikir dengan waras dan mengalami masalah tekanan kerana kehilangan pekerjaan sebagai pemandu kereta api.

Malah, pelaku turut mengalami tekanan akibat kesempitan wang dengan pendapatan hanya RM2,200 dan perlu menanggung tiga orang anak dan isteri yang tidak bekerja.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

Penunggang 'Ducati' Maut Jatuh 'Flyover', Netizen Seru Pelaku Lawan Arus - "Cari Sampai Dapat!"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...