Jadi Pilihan Pencari Kerja Di Malaysia, Petronas Dinobat Syarikat Paling Menarik

Trending

Jadi Pilihan Pencari Kerja Di Malaysia, Petronas Dinobat Syarikat Paling Menarik

Petronas baru-baru ini dinobatkan sebagai pemenang anugerah Majikan Paling Menarik 2018 di Malaysia oleh agensi pengambilan pekerjaan utama dunia, Randstad.

Petronas meraih pencapaian terbaik tahun ini selepas mengungguli kedudukan kedua untuk dua edisi sebelum ini.

Advertisement

Pemilihan pemenang anugerah bagi acara yang dianjurkan buat tahun ketiga berturut-turut itu adalah berdasarkan keputusan daripada pusat Penyelidikan Jenama Majikan Randstad.

Ketiga-tiga pemenang utama itu menerima skor daya penarik tertinggi dalam kaji selidik pencari kerja di Malaysia. Pemenang anugerah itu dipilih daripada 75 syarikat terbesar di Malaysia berdasarkan saiz tenaga tempat kerja.

Dalam pada itu, Naib Presiden Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan PETRONAS, Datuk Raiha Azni Abd Rahman, berkata,

“Di Petronas, kami percaya bahawa bakat adalah aset paling penting untuk mencapai kejayaan sebagai sebuah syarikat minyak dan gas multinasional.”

“Sehubungan itu, kami sentiasa menarik, memotivasi dan mengekalkan bakat terbaik tidak hanya di Malaysia, malah di negara di mana kami beroperasi.”

Tahniah diucapkan dan moga syarikat Petronas terus maju jaya dalam memberikan peluang kerja yang terbaik untuk para pencari kerja di Malaysia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...