Sedia maklum, pendakwah selebriti, Da’i Syed telah didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dan disebabkan itu, dia dikenakan hukuman penjara 10 tahun serta 3 sebatan.
Terbaru, melalui temubual bersama pihak Xtra, Syed atau nama sebenarnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful menceritakan pengalamannya duduk di dalam penjara.
Katanya ia merupakan pengalaman paling pahit yang pernah dilalui olehnya.
View this post on Instagram
Jadi pengalaman yang begitu pahit, gelap hidup saya pada saat itu.
Tetapi, dia tetap berasa syukur kerana kesihatannya berada dalam keadaan baik ketika duduk di dalam penjara, malah sempat berdakwah serta ajar banduan lain mengaji.
Sambut Maulidur Rasul di dalam penjara, kenalkan pada banduan tentang Nabi dan Rasul. Jadi ada diberikan kesempatan untuk memberi sedikit manfaat di dalam penjara.