Jadi Pasangan Praktikal Akad Nikah Waktu Sekolah, Tak Sangka Akhirnya Menjadi Kenyataan

Trending

Jadi Pasangan Praktikal Akad Nikah Waktu Sekolah, Tak Sangka Akhirnya Menjadi Kenyataan

Siapa sangka pasangan ‘olok-olok’ sewaktu praktikal majlis akad nikah waktu sekolah menjadi pasangan yang sah dan selamat melangsungkan perkahwinan pada hari Jumaat, 28 Mei lalu di Jawa Timur, Indonesia.

Pasangan kekasih yang dikenali sebagai Dinda Rizky Ramadhani dan suaminya Mustofa Agung Wicaksana dikatakan melakukan praktikal akad nikah pada tahun 2019 dan mengaku pada ketika tu sudah menjalinkan hubungan kekasih dengan suaminya.

Advertisement

Video pernikahan mereka menjadi perhatian warganet di laman TikTok dan meraih lebih 3.2 juta tontonan sejak dimuat naik.

Wanita tersebut mengaku sempat putus dengan kekasihnya itu selama 5 bulan setelah tamat persekolahan namun akhirnya mereka menjalinkan hubungan semula.

“Setelah tamat persekolahan, kami sempat putus 5 bulan sebab ada masalah” – Dinda

Walaupun menjalinkan hubungan semula bersama kekasihnya itu, namun kenalan wanita berkenaan tidak mengetahui tentang status pasangan ini sehingga ke hari pernikahan.

“Semua tak sangka sebab waktu kami bersama semula sampai ke hari pernikahan saya tidak mendedahkannya di media sosial”

Mengimbau kembali zaman persekolahan, wanita itu mengatakan dia dipilih bersama teman lelakinya (pada ketika itu) oleh rakan sekelas untuk menjadi pasangan pengantin dalam sesi praktikal ijab dan kabul.

Dia tidak menyangka ucapan akad nikah yang pada awalnya sekadar gurauan menjadi kenyataan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...