Baru-baru ini, melalui platform TikTok, tular satu video memaparkan bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli menegur sikap Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang terlalu defensif.
Tanya sikit, Fadhlina jengil mata!
Dalam video tersebut, Rafizi berkata Fadhlina mempunyai sikap yang mahu memaparkan pendidikan di dalam Malaysia sentiasa sempurna tanpa ada sebarang cacat-cela.
Kalau ada orang tanya sikit, dia jengil mata ‘Jangan kacau kami!’.. Tak boleh macam itu!
@jason.yew “Orang tanya, dia marah balik. Fadhlina kena berubah, jangan terlalu defensif.” – @Rafizi #yangberhentimenteri #buli #rafiziramli #fadhlinasidek ♬ original sound – JASON Update
Disebabkan itu, Rafizi merasakan sebagai Menteri Pendidikan, Fadhlina sepatutnya menjadi seorang menteri yang banyak mendengar kerana memang setiap hari perlu berhadapan dengan rakyat dan jika dilakukan, kebarangkalian untuk dirinya terus-menerus dikecam akan berkurangan.
Rafizi tegur Fadhlina kena ubah sikap, lebih mendengar
Dia tak boleh jadi defensif. Dia kena dengar. Dia tidak boleh nampak seperti kita ni menolak mentah-mentah apa-apa sahaja yang di bawa. Impression yang saya dapat sekarang yang daripada Menteri Pendidikan macam itu lah. You tak boleh tanya langsung!
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata bersetuju dengan pandangan Rafizi dan ramai merasakan Menteri Pendidikan sepatutnya digantikan dengan menteri lelaki kerana tidak terlalu ikut emosi berbanding menteri perempuan.