Jadi Mangsa Kedegilan Orang Lain, Nabila Huda Disahkan Positif COVID-19

Hiburan

Jadi Mangsa Kedegilan Orang Lain, Nabila Huda Disahkan Positif COVID-19

Jika sebelum ini pelakon Nora Danish dan Tiz Zaqyah dilaporkan telah disahkan positif COVID-19, kali ini giliran pelakon terkenal, Nabila Huda pula dijangkiti wabak tersebut.

Nabila yang lebih mesra disapa sebagai Abil itu telah memaklumkan mengenai berita duka tersebut menerusi laman Instagramnya sambil memberi bayangan bahawa dirinya telah menjadi mangsa disebabkan kedegilan orang lain.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Reda dengan ketentuan Ilahi, Abil yang kini berusia 37 tahun itu menganggap musibah yang menimpanya adalah disebabkan kecuaian mereka yang tidak bertanggungjawab.

Screenshot ig nabila hudaSumber : Instagram Nabila Huda  

“Kerana nafsu dan keseronokan, orang yang tidak bersalah menjadi mangsa. Jangan memainkan mangsa dengan keadaan yang anda cipta..” tulis Nabila menerusi beberapa hantaran di Instagram Story miliknya.

Berita mengenai Abil telah dijangkiti virus tersebut turut dikongsikan bapanya, penyanyi lagenda Amy Search.

View this post on Instagram

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Menerusi laporan sebuah media, Amy memaklumkan bahawa anaknya itu telah mengalami beberapa simptom dijangkiti COVID-19 iaitu hilang deria bau, batuk dan selsema.

Manakala suami dan anak Abil dilaporkan negatif COVID-19.

Semoga cepat sembuh diucapkan buat Nabila Huda!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...