Jadi Mangsa Akaun Palsu Tinder, Elly Ariffin Bimbang Jika Ada Yang Terperdaya

Hiburan

Jadi Mangsa Akaun Palsu Tinder, Elly Ariffin Bimbang Jika Ada Yang Terperdaya

Pengacara dan juga pelakon, Elly Ariffin,31, menzahirkan perasaan bimbang sekiranya ada pihak yang terpedaya dengan tindakan seorang individu yang menggunakan fotonya sebagai penyamaran dalam sebuah aplikasi janji temu Tinder di media sosial.

Ujar Elly, dia tidak pernah memiliki akaun tersebut dan hanya menyedari mengenai kewujudan profil palsu tersebut setelah diberitahu oleh pihak pengurusannya D Alpha Legacy (M) Sdn. Bhd. baru-baru ini.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Elly Arifin (@ellyarifin)

Meskipun tidak mempunyai isu dengan penggunaan aplikasi tersebut, namun Elly kesal ada yang sanggup menggunakan foto orang lain dan membuat akaun palsu untuk kepentingan diri sendiri.

“Bila pihak pengurusan bertanya, saya hairanlah sebab memang tak pernah ada Tinder. Individu tersebut mengguna pakai gambar saya sebagai profil tetapi butiran diri yang berbeza. Individu itu mengaku umurnya 28 tahun dan menetap di Serembang. Terang-terang butiran itu palsu. Bila masa pula saya duduk di Seremban, Negeri Sembilan?”

Elly yang dihubungi sebuah tabloid media juga bimbang jika individu tersebut bertindak melampaui batas seperti sindiket penipuan dan sebagainya.

View this post on Instagram

A post shared by Elly Arifin (@ellyarifin)

Bimbang namanya terjejas, Elly mengambil keputusan untuk menghebahkan mengenai perkara itu dan tidak teragak-agak untuk membawa perkara tersebut kepada pihak berkuasa sekiranya kejadian itu tidak terkawal dan berulang lagi.

“Ada banyak kes macam ini. Kalau setakat ajak keluar tak apa lagi. Tapi macam mana jika dia hantar gambar tidak senonoh yang tentunya bukan diri saya atau menipu duit orang? Nama saya pula yang terjejas..” ujarnya lagi.

View this post on Instagram

A post shared by Elly Arifin (@ellyarifin)

Terdahulu, bekas pengacara program HLive dan pelakon drama Korsakoff ini berkongsikan mengenai perkara tersebut di laman Instagram untuk pengetahuan peminat dan pengikut media sosialnya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...